Tuesday, March 2, 2010

Mac 2

Selasa - Mak AI...hari ni pun tak sangka sibuk semacam. Sampai je kat sekolah...pukul 8 dah ada meeting dengan pengetua..bincang pasal printer dan PC bilik guru. Dalam pada tu dapat tugasan sediakan bahan multimedia untuk mesyuarat agung pibg Sabtu ni. Lepas print kehadiran untuk minggu lepas dan semalam...mula cari bahan untuk ubahsuai movie yang sedia ada. Mengambil masa juga mencari 2-3 gambar orang penting yang selama ni tak dititikberatkan semasa dia ada seperti YDP PIBG tahun 2008...rupa-rupanya tak banyak gambar dia diambil...cari punya cari dapat juga satu..tapi habis 1 jam kat situ je....tetiba dah waktu untuk ke sesi taklimat peperiksaan....rupa2nya ada taklimat mesy agung pibg dulu...dll..dalam pada tu ada lori hanatar barang untuk ganti sistem rangkaian ...dari MOE. Surverynya buat bulan 6 tahun lalu..barang baru sampai hari ...bukan sikit..berkotak-kotak...berpalang-palang..ada almari lagi. Dah nak cari tempat letak sebelum teknician syarikat datang..ntah bila pulak tu. Dah le tak makan tengahari...berkejar sana sini...India hantar barang tu nak cari pasal pulak. Lepas diturunkan barang, kita baru nak kenal pasti di mana nak letak barang...dia tak mahu tolong angkat lepas diturunkan dari lori. Kena sembur sedas baru nak tunjuk baik. Terkejut juga sapa yang tak pernha tengok ana naik hangin. Selesai semuanya dah 3.30 ptg. Balik lepas zohor..masuk asar...dah menghadap NB ni. Nak kena siapkan 2-3 lagi movie sebelum buat presentation semasa ucapan pengetua sabtu nanti. Sampai ke malam la buat kerja ni.....

No comments:

Post a Comment