Sunday, March 21, 2010

Mac 21

Ahad - Hari ni nak berlepas balik. Sekaran bari jam 6.00 pagi..tapi dah bersiap sedai nak check out dari tempat pengianapan ni walaupun flight nanti jam 6.30 ptg. Setengah hari ni ada di jalanan....hopping places....tapi bila sampai masanya dah tukar program pulak. Sala sorang driver van ada kematian di kampung...jadi dia nak cepat. Habisnya tak jadi la berhenti kat kaki Kinabalu... Tapi dalam perjalanan dapat peluang tengok dengan jelas puncak Kinabalu yang sukar dilihat pada waktu-waktu biasa.Terus ke airport letak barangKena caj RM3.00 sejam..6-8 jam kena RM8.00 satu beg. Dari situ van hantar ke Gaya Street..mcam Petaling Street lebih kurang tapi specailnya kat sini selain barangan biasa..anak anjing pun ada dijual...daging ular pun ada...tiada halangan..tiada larangan. Untuk makluman je..harga barang di sini murah daripada di Pasar Filipina. Habis masa kat situ sampai 2 lebih. Azman datang bawa beli ikan kering kat kedai kenalan dia...terus dibawa pusing bandar KK....dapat naik tengok Bangunan Yayasan Selangor, UMS,....jam 4 lebih check in kat airport. Sempat lagi nak bawa gi makan kat terpi laut tak jauh dari airport. Lani jam 6 lebih..kat airport tunggu nak naik pesawat AK5125. Penerbangan ikut jadual....6.30 berlepas. Keadaan di udara berubah-ubah - sebab 'fly' waktu matahari terbenam. Dapat tengok 2 suasanan yang berlainan. Dari Sabah keadaan makin gelap (6.30 ptg)...diufuk nampak sinaran matahari oren berlapis biru dan hitam - macam warna pilihan dalam NB - sunset - cantik sekali. Yang tak sedapnya masa nak landing cuaca atas Semenanjung dah berawan tebal ...bawah rupanya dah hujan. Sama macam balik dari Sarawak tahun lepas - ada sikit keadaan menyeramkan - merisaukan. Anyway pilot memang cekap dan tahu kerja dia..pesawat selamat mendarat tanpa gangguan. Check out dari terminal jam 9.30 mlm...selepas hantar anak kat Kg Baru.,,dijangka boleh sampai KKB jam 11.00 mlm. Ada cukup masa untuk rehat secukupnya sebelum bangun ke sekolah esok segar bugar...harapannya.

No comments:

Post a Comment