Monday, March 8, 2010

Mac 8

Isnin - Log in kehadiran jam 7.20 ..terus ke makmal bestar...siap sedia on PC untuk taklimat pengurusan SAP kepada guru tingkatan...10 orang tak datang. Bab ni yang boring..kena ulang tayang...kalau depa sanggup mai jumpa ana. Yang lain tu nampak macam faham. Selesai sesi tu...duduk dalam bilik nak settlekan kerja-kerja yang tak pernah habis. Tengah buat satu kerja terserempak dengan kerja lagi satu yang juga perlu diselesaikan sebab kalau tak selesaikan kerja yang kedua tak selesai juga kerja yang pertama...dan seterusnya. Bila dah sampai waktu nak balik, kerja siap ke tak siap...tinggalkan je. Balik lewat pun bukan dapat apa...kerja boleh sambung esok. Kalau siapkan semua tak ada kerja pula esok!!!. Ingatkan paling lewat pukul 2.15 dah boleh bergerak balik, ongumah pula ada temujanji dengan student..katanya 15 minit..tunggu punya tunggu, habis baca 5 muka surat Readers Digest, tak keluar juga. Tunggu sampai pukul 3 - bergerak ke pasar cari sayur sikit, dan beli roti...baru sampai pasar, ongumha telpon dah siap nak balik...giliran dia la pula tunggu. Dalam 3.30 ada kat BSN pulak..anak kat Serdang nak guna duit...buat transfer..sampai rumah pukul 4.00. Solat...tengok Siong...hujan turun kat luar...masuk net jap...malam macam biasa...lepak depan tv...So You Say You Can Dance...jam 11.00 ..TIDUR.

No comments:

Post a Comment