Sunday, March 14, 2010

Mac 14




Ahad - Kenduri day .. Hari ni ada dua jemputan. Mulai 1.320 berada di Taman Pesara, anak Cikgu Raja Karim - Raja Khairun Nisa Tak dapat nak ambil gambar bersama pasangan sebab bergegas pula ke Kg Soeharto. Bekas pelajar SM3KB juga kedua2nya. Di sana ongumah jumpa rakan sekelas tahun 1979,,anak murid ana juga la tu. Yang baju merah tu Nurizan Wahab dan adik dia Nordin Wahab (1980). Yang berkahwin tu rupa2nya adik dia Norsuhaila Wahab. Selama bersekolah dia tak cerita cakap pun kakaknya sm3kbian. Masa dalam perjalanan ke Kg Soeharto tu ada satu perkara yang berlaku.
Ada satu isu negara yang nak dibawa ketengah. Kalau di jalan raya, kereta bomba, polis atau ambulan , kita sedia maklum kena beri laluan. Sejak bila kereta berlampu kuning mendapat keistimewaan ini. Tadi semasa di trafic light Tanjung Malim ada satu van berlampu kuning ..hon hon minta beri laluan. Kereta apa? Kereta bawa keranda orang India. Berlagak betul ..ingat dengan lampu kuning tu dia istimewa ka apa. Bukan nak ke mana pun..tergesa-gesa semacam je..Ana tak bagi laluan pun..tu yang bising menghon2. Lepas trafik light ana bagi je dia potong ..sami yang duduk depan tu jeling semacam...ana peduli apa...tak sampai 1 km ana nampak kereta tu nerhenti tepi jalan ..buat apa tau? ambil pokok pisang !!! Ni tengah nak tanya-tanya sapa yang tahu - jpj ka, pdrm ka, nak jawab persoalan ana ni. Sampai ke Kg Soeharto dah dekat jam .230 ptg. Habis makan-makan, sembang-sembang, ana pun bergerak balik ke rumah..sampai 4.15 ptg...ngam-ngam masa nak solat zohor...tunggu sekejap solat asar. Baru nak menghadap NB, kena hantar anak ke stesen komuter. Dari petang tu sampai malam tengok TV je...sampai TIDUR.

No comments:

Post a Comment