Friday, March 12, 2010

Mac 12

Jumaat - Hari ini pula ada program jam 7.30 pagi. Bukan program ana tapi diminta tolong handle alat ICT oleh ongumah ana. Sampai 9 pagi.... tapi sebab tak fokus dalam inhouse ni, boleh la update kat sini, semak email dan apa yang boleh dibuat kat bilik mesyuarat ni. Selesai tu duduk kat dalam bilik pulak. Nak kena siapkan semua kerja rutin...esp Buku Rekod Mengajar sebelum 12.30. 2-3 hari ni dah mula sakit belakang (sakit pinggang?) ..tak pasti yang mana satu yang betul. Apa pun lepas bangun dari duduk tak boleh nak tegakkan badan...terasa cucuk-cucuk kat belakang bahagian bawah badan. Kalau berbaring pun tak boleh mengiring ke kanan..sekali sekali terasa sakit kat tempat yang sama tak semena-mena. Lepas solat Jumaat nak kena pi mesyurat lagi..kali ni JK Pelaksana Kejohanan Merentas Desa Peirngkat Kebangsaan. Hulu Selangor jadi tuan rumah kejohanan, SM3KB jadi pengerugi pelaksana. Sebelum pi tu telan 2 biji makjun kuat...buatan Tanjung Piandang,Perak. Nak cerita sikit pasal makjun ni.Rasanya susah nak dapat kat kedai-kedai biasa. Stok yang ada ni pun ana beli masa kat Tangkak tahun 2005 dulu..masa anak ketiga ana belajar kat matrikulasi Tangkak. Ana beli 2 paket. Biasanya dijual kat gerai-gerai tepi jalan atau kedai makan yang tak hebat2 mana pun. Pernah ana makan 4 biji tahun 1990an dulu...ok je sekali makan. Tu sebab ana simpan stok sikit in case sakit lagi. Jadi pun menjadi....sakit dah mula mendatang. Sebelum keluar tu ana telan 2 biji je. Sebelum nak balik mesy. ada la cerita2 dengan kawan sorang tu...ana nak pesan kalau dia balik Taiping ke, minta belikan majun tu lagi. Rupa2nya dia sedang makan majun lagi special dari Kedah dan orang yang menjualnya ana cukup kenal. Jadi on the way balik tu singgah la ana jumap orang tu, beli la 1 botol. Malam lepas makan ana telan 2 bji lagi makjun yang baki tu. Belum cuba lagi makjun Kedah ni. Kesakitan pun dah mula reda. Pukul 11 masuk tidur sebab nak tengok tv pun dah tak larat....asyik terlelap je.

No comments:

Post a Comment