Tuesday, March 9, 2010

Mac 9

Selasa - hari ni bebudak sekolah tengah hadapi ujian pencapaian. Ana dalam bilik ni je...baru teringat Jumaat ni nak edarkan surat siaran kepada ibu bapa pasal SMSSekolah. So draft surat....minta Pengetua sign...hantar riso. Harap Khamis ni siap untuk bagi kepada Penyelaras Tingkatan..untuk edaran hari Jumaat. Selesai satu bab. Lani ni nak fikir pasal Kad Harta Modal PC tahun 2008 & 2009...rasa macam dah buat...tapi cari dalam fail tak ada pulak. Ambil masa juga nak semak dan buat semula. Dalam pada tu teringat ThinkQuest....print tawaan projek untuk bagi kepada cikgu yang berkenaan ..yang tak pernah buka laman ni sejak dibagi taklimat dulu. Hari ni pula panas semacam.....macam minggu lepas. Nak kata tak makan, pagi tadi dah makan 4 keping roti...ubat 1 biji. vitamin 1 biji, saw palmetto 1 biji. Baru jap tadi 1 gelas cococino dan 5 keping biskut. Kira ok la tu.

No comments:

Post a Comment