Saturday, March 6, 2010

Mac 6

Jumaat 5 Mac- Sekali lagi dek kesibukan keterlaluan sampai terlupa nak masuk ke sini. Bukannya ...tengah tumpu pada menghasilkan bahan untuk persembahan pagi Sabtu ni. Maklumat baru diterima...nak siapkan ppt...dah tu data tak lengkap..kena cari dan siapkan data sikit..dari awal pagi sampai waktu balik...buku rekod mengajar untuk minggu ni pun dibuat masa dekat nak balik..nasib baik masuk waktu zohor 1 lebih...kira sempatla selesaikan semuanya. Lepas jumaat sambung lagi sikit ..malam pula tumpu kat bahan penulisan...tengok tv ..tidur.
Sabtu - Pagi ni ada Mesyuarat Agung PIBG....bergerak dari rumah jam 7.45 ...dah ramai yang ada di sana. Kecoh sikit bila dah lebih jam 8 sepatutnya dah mula multimedia presentation tapi guru yang mengurusnya tersadai kat Kerling dek hujan lebat. Mau tak mau ana yang kena handle - apa orang kata - the show must go on. Tak kisah sebab nak buat live pun tak boleh sebab tak ada capaian yang bagus kat dalam dewan tu (buat kat Dewan Hj Mansor, Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia, KKB). Besar, sejuk dan selesa tapi tapi ada capaian. Bila dah mula sesi..dah selesai ppt ucapan pengetua baru guru berkenaan sampai. Ana serahkan kepada dia lepas tu sbb ana boleh ambil gambar semasa mesyuarat - sampai selesai. Pukul 1.30 dah ada di rumah - terus buat kerja update blog dan post gambar kat http://gpbbea5061.fotopages.com (tengok la ye) sampai malam. Rehat sambil tengok cerekarama dan tidur.

No comments:

Post a Comment