Tuesday, April 10, 2012

Apr 10

Selasa - keadaan masih sama .. tak ada apa2 yang pelik. Sistem masih ok.. speedtest dpt 6/1m. Akses ke ERA lancar.... blum dpt relif.. ada kelas sendiri 2 waktu. Setakat ni tak ada apa2 yang mendesak... cume ptg ni kalau sempat nak uruskan pengeluaran wang... nak sediakan prop untuk hari keluarga esok... come what may!!! Seharian di sekolah tak terasa masa berlalu. Ada relif 2 waktu ..agak awal 8.10-9.30. Sempat makanminum kat pantry...sebelum masuk kelas sendiri. Keluar dari kelas ke asrama ada program perjumpaan pegawai yayasan selangor.. kerja ambil gambar je. Balik ke sekolah dah 12 lebih.. ada nasi kat pantry..lapar sgt tak sentuh makanan kat asrama tadi.. tak dijemput makan pun. Lepas makan masuk kelas akhir. Lepas tu ada taklimat YaPEIM..sampai 2.30. Balik lepas zohor, keluar semula dalam keadaan mengantuk dan letih amat. Jumpa bendahari... gi bank... balik tunggu uruskan khemah tepi sungai. Selesai urusan 6.30 ptg. lepas asar lepak sekejap..otak memikir apa nak buat esok. Sebelum maghrib makan malam..mmg lapar selalu hari ni.. isyak di masjid dlm keadaan hujan lebat. Balik dah tak larat nak buar apa pun.. baring2 depan tv tapi tak tengok tv pun...masuk tidur 10.45 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment