Monday, September 12, 2011

Sept 12

Isnin - dah hampir waktunya... jumaat ni anak 1 akad nikah. Sabtu depan majlis kahwin di dewan kkb... bayar belum lagi ni... masih nak minta diskaun dgn DO. Pagi ni lancar sist ni em lancar je. ..speed pun ok 3/<1 ..ni nak ke perhimpunan..sebelum 8 pagi nak ke pejabat daerah...come what may!!!Seblum pukul 8 dah ada depan bilik DO.. tapi dia masuk ofis 8.30pg. Bincang2 dulu dgn Ameer...10 minit lepas tu DO sampai. Selesai urusan sewa dewan.. tak dpt diskaun500 dpt 250 je.. jadinya sewa dewan 750. Jadi le. Lepas tu maklumkan agenda 25.9.11. Selesai. Balik ke sekolah ..buat itu ini...ada yg jemput makan kat belakang. Awalnya tgh puasa tapi terpaksa berbuka atassbb tertentu.. pekena nasi minyak.. tu dah 12 lebih. Dapat call LCD hilang lagi..kali ni dari makmal matematik di bangunan makmal KDP. Pi la tengok juga... tapi urusan pengetua nak buat laporan polis ke apa. Dah time balik. Lepas zohor keluar pusing taman ampang indah hantar kad jemputan. Sampai depan masjid..azan asar. Singgah la solat asar. Balik sementara maghrib siram pokok, cuci kereta... siap ke masjid. Mlm ini ada pengajian Tauhid Us Yusri.. lepas isyak balik..tak ada makan dah lagi lepas kelas mulai yang ini. SU & Bendahari risau duit masjid tak cukup untuk perbelanjaan tahun depan. Jadinya perut ada sikit lapar.. hirup kuah lemak & kari belen atas meja... dgn biskut gula. Jadila untuk alas perut. Nak buat kerja2 dokumen dah 10 lebih..kalau mula tak boleh henti..jadi masuk tidur je sblum 11 mlm.

No comments:

Post a Comment