Friday, September 16, 2011

Sept 16

Jumaat - SELAMAT PENGANTIN BARU & selamat hari malaysia!!! Hari ni harinya..anak 1 nak nikah lepas asar nanti di Triang Pahang. Ni nak bertolak ke sana dalam pukul 9. Semoga semua berjalan lancar dan dengan selamatnya, Amin. Seterusnya...come what may!!!!10 minit lepas 9 dah keluar dari rumah.. terus ke transit yang dijanjikan. Pukul 10.30 pagi dah sampai di Petronas Bentong. Tunggu 3-4 kereta lain sampai 11 lebih sikit mula bergerak ke Felda CheMoiMoi Triang, Pahang. Sampai 10 minit lepas 12 tgh. Diajak pula rombongan makan tengahari di rumah pengantin. - ada lauk keladi masak tempoyak, kobis lemak, kembung goreng. Pastu ada yang nak solat jumaat.. yang nak pergi pergi..yang tak pergi masuk ke tempat penginapan -rumah tamu kuarters u. Ada 4 blok -4 tingkat tapi yang menghuninya tak sampai 20 orang. Tak ramai guru nak tinggal disitu sbb orang tempatan. Rugi la tak dapat elaun sewa rumah. Akhirnya projek ni jadi gajah putih. Yang hairannya pihak berkuasa tak terfikir nak maksikumkan penggunaan premis ini.. lantak le deme. Lepas 2.30 ke masjid jamak zohor-asar.. singgah pekena kopi radix.. balik ke rumah penginapan untuk bersiap. Sempatlah berehat sekejap...menjelang 4.30 ptg dah bergerak ke rumah pengantin untuk majlis akad nikah. Sebelum 5 semua dah bersedia.. pengantin ada, wali ada, jurunikah ada..tapi 2 saksi tak sampai2. .. lepas tu baru tau saksi iman masjid... ada orang ajak buat tahlil..tu yang lambat. Lepas 5 ptg majlis akad bermula - oleh wali sendiri. Sepatutnya settle 1-2 kali lafaz tapi saksi tak puas hari lafaz wali.. kena betulkan 4-5 kali..akhirnya disahkan juga. Selesai satu bab. Lepas 6 ptg pergi pula tengok rumah singgah untuk 3-4 keluarga lagi. Agak jauh sikit dari rumah tapi masih ok. Tinggal la keluarga dari Penang, keluarga KKB sbb guru sm3kb suami isteri tak jadi bermalam.. nak balik awal sikit. Tapi hampir isyak depa terpaksa pusing balik sbb jalan terputus sebelum sampai Karak. Jadi 3 keluarga duduk di kuarters guru yang ada 3 bilik dgn ruang rehat yang luas. Lepas isyak ke rumah pengantin lagi untuk makan malam sampai 10 lebih. Sejak dari petang tadi sampai ke malam ni semuanya layan diri. Tak ada wakil tuan rumah kecuali anak2 saja yang melayan rombongan KKB. Tengok pula esok mcm mana? Balik ke rumah nak masuk tidur lepas 12 mlm.. sbb sembang2 sikit lagi sementara tunggu anak2 balik ke sarang.


No comments:

Post a Comment