Tuesday, September 13, 2011

Sept 13

Selasa - Sistem ok ..speedtest 2.6/884k. Tengah menanti kalau2 ada relif hari ni... ptg ni ada taklimat 1bestarinet di PPD. Nak balik awal atau tak perlu balik awal... come what may!!! Tetiba dapat relif.. nun 11.50 sampai 1.10. nak balik awal panye. Tengah buat kerja dalam pukul 11 lebih baru tau ada mesyuarat JK Pengurusan... nak pi camne? Masuk juga le kelas relif tu sbb bebudak peksa. Lepas zohor...sampai waktu balik..tumpang guru ke PPD. Taklimat je pasal bestarinet.. satu lagi proposal sistem untuk sekolah yang akan menguntungkan satu pihak saja. Si Luncai terjun dengan labu2nya..biarkan2. Habis taklimat 4 ptg. Balik tumpang guru lain... lepas asar buat persiapan final untuk mesy malam ni. Lepas maghrib..ke isyak.. ada pulak yang dtg raya - 2 family guru sm3kb.. tak pernah dtg seblum2 ni. Hujan pulak mula turun lebat sekali. Pi juga ke mesyuarat sbb dah dipanggil.. sapa yang ada kat rumah layan le tetamu tu. Mesyuarat selesai hampir- hujan masih turun.... sampai rumah masuk tidur seblum 12 mlm.

No comments:

Post a Comment