Sunday, September 4, 2011

Sept 4

Ahad - mcm semalam juga..pagi ni pun sama. Lepas subuh ni - tahlil sendiri, wirid apa patut, update blog ni... dlm kepala ni mcm nak buat- jumpa orang nak jemput kenduri, sediakan dokumen nak jumpa selasa nanti, isnin mesyuarat, rabu mesyuarat, jumaat mesyuarat...ada notis belum dihantar...ada baucer belum serah bendahari..jumaat ni nak bentang akaun...aduh..esok dah mula sekolah..come what may!!! Dah kena pi pasar pulak.. beli ikan sayur.. balik baca paper sampai 12 lebih. Lepas zohor ziarah raya rumah Kak Yah pembekal kantin sekolah. Ada la bincang sikit pasal bekalan juadah jamuan raya. Terserempak pulak dengan cucu Syed Mashur - Sharifah Rafeah Syed Ahmad al-Idrus. Rupa2nya Syed Adhar(pembantu makmal), Syed Sulaiman (pembekal kantin) dan Syed Abd Ghani (KRT TDBB) anak Syed Zahari (mantan CC Pej Daerah) adalah sepupu sepapat - cucu kepada Syed Mashur. baru la tau cerita. Jadinya lama juga la duduk kat situ. Lepas tu singgah rumah Cikgu Zuraidah.. lama juga citer2.. ambil buah mungai, mangga. Ada pulak yang dtg cari kat situ kononya nak ke rumah di TAP boleh hala ke rumah di Taman Damai.. miss comunication kat mana ntah. Balik dah azan asar. Lepak depan tv lepas solat asar.. terlelap2 sikit sampai maghrib. Nak buat kerja2 yang dirangcang pun naik malas. Lepas Isyak strika baju..tengok lagi citer ZOO.. masuk tidur 11 mlm.



No comments:

Post a Comment