Rabu - hari ni bertugas di sekolah... bebudak exam paper BC & BT... selesai subuh, selesai tahlil, selesai tadarus, selesai wirid,selesai sarapan roti canai segera. Check gula dlm darah bacaan 8.7.. smalam makan boleh tahan juga - daripada petang tu - bubur pisang, pisang goreng,ubi kayu goreng, sukun goreng, susu kambing... bawa ke malam makan nasi & rambutan & bacang... penutupnya monavie. Sebelum2 ni 2-3 hari awal pagi bacaan 9-10 lebih... tak minum monavie sebelum masuk tidur.. kebetulan ka? Ni update kat sekolah je sbb keluar sebelum 8 pagi tadi.. sampai kat sekolah exam dah mula...tak ramai pun 15BT 27 BC. Ni hari ni pun nak ke Johor katanya... come what may!!!Lepas 10 pagi...tugas selesai.Balik on the way singgah PPK ambil dividen dan minta contoh kertas kerja ternak kambing. Sampai rumah dah 11 lebih. Lunch pun awal sblum masuk zohor.. lps solat rehat2 depan tv ingatkan nak lelapkan mata tapi dah layan pulak citer kat tv3 tu....masuk asar..selesai je tgh nak wirid ada Hj Karim hantar 5 biji durian.. kebun tepi rumah dia kat taman ni juga. Dah layan buka makan durian.. sementelah anak 3&5 dah sampai dari KL...check darah masih ok 7.8... lepak lagi depan tv tengok Merlin sampai maghrib. Isyak di masjid.. balik layan lagi tengok tv sekejap ... tak makan malam dah ..pekena buah rambutan sebelum masuk tidur .. check darah 9.9... telan 2 biji ubat.. masuk tidur 10.45 mlm
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Wednesday, December 7, 2011
Tuesday, December 6, 2011
Dis 6
Selasa - hari ni kot boleh tunaikan janji semalam. Tapi ongumah dah nak keluarl lagi pagi ni... n petang ni pun. Pagi ni tak ada app tapi diappkan oleh orang lain.. kalau sempat ikut. Cuma ptg ni dah set app nak jumpa ADO... ongumah nak bawa keta pi gesir cari buah lagi... apa2 pun come waht may!!! So pagi lepas subuh menghadap nb... sambil2 buat kerja call Anuar ARKD janji nak ke pejabat DO pagi ni.. dia kata dia lambat sikit .. lepas kul 8pagi. Tak kisah la. boleh habiskan kerja sikit lagi. Dekat 9 pagi dia sampai .. singgah sarapan dulu kat pekan..pekena roti teur air halia.. pastu terus ke pejabat daerah.. do tgh mesy. Singgah ke Majlis Daerah.. urusan dia la.. ambil pelan projek TDBB. Dah tu nak ke TM pulak nak fotosatat plan siaz besar tak ada kat sebarang kedai. Ikut dia je lagipun bukan ada kerja lain nak buat. Balik sampai ke rumah 12 lebih. Lepas zohor keluar lagi ..minta ongumah hantar ke pejabat daerah lagi sekali. Kali ni urusan sendiri-- jkkk. Janji 2.30ptg... masih awal nih.. singgah dulu kat pej tanah tanya pasa juruukur.. nak ukur semula tanah kebun di Gesir. Tak ada disediakan oleh Pej Daerah, kena urus dengan yg swasta. Dah tu ke pejabat ADO..dah buat janji.. time tu dia tak ada kat pejabat, dia ada undangan makan durian kat Hulu Bernam. Nasib baik sms dijawab.. dia dah nak balik. Seblum 3 ptg dah mula perbincangan.... selesai hampir 4 ptg. Singgah minum2,makan2 kat kantin... balik rumah sebelum azan asar. Selesai solat dpt panggilan dari Penang ada jemputan kenduri aqiqah cucu kat sana 17hb nanti. lepas tu dpt baring kejap sambil tengok tv..dah 6 lebih dekat nak masuk maghrib.... online cari hotel kat penang...lepas tu Isyak..cari lagi dapat satu offer 1 mlm RM77.00 je..di Chulia Heritage Hotel.. terus buat booking untuk 2 mlm. Selesai urusan tu terus masuk tidur awal sikit.. sbelum 11 mlm...minum kopi makan kek!!!
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Monday, December 5, 2011
Dis 5
Isnin - pagi ni plan nak jumpa pelbagai orang...boleh selesai ka idak..come what may!!! Sejak dari lepas Subuh menghadap NB... janji nak keluar pukul 8-8.30-9.00 semua tak jadi. Ongumah dah bawa keta ke sekolah... patah kaki. Dapat le juga bereskan beberapa kerja selain update blog, semak email - dpt kmaskan sistem fail bawa sampai ke tgh hari. Dah agak nak petang sikit baru ongumah balik... baru sms tanya ADO ada tak..kalau ada nak jumpa tapi dia tak ada kat pejabat. Set app esok 2.30 ptg pulak. Lepas zohor layan lagi video klip isu2 semasa... rehat skeejap sebelu masuk asar.. layan citer fantasi kat tv3 sambil terlelap sekejap ...5.30 solat asar...layan lagi online berita..bawa ke maghrib. Isyak di masjid ..ada kuliah Us Yusry. Balik dah 9 lebih...sambil buat surat2 yang draftnya baru diterima... berurusan pulak dengan instal program daftar pemilih PRU13 ... bawa sampai 10.30 .. mata mula edih2..tak sanggup lagi nak bertahan..masuk tidur 11 lebih sikit.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Sunday, December 4, 2011
Dis 4
Ahad - hari cuti tapi busy... pagi ni nanti nak pi damansara hantar durian rumah kakak ipar... hajat hati nak singgah Selangor Agro Fest - penutup hari ni mungkin dapat harga runtuh... hajat hati juga nak ke PC Fair... hari akhir juga..kot2 dpt harga runtuh juga.. mlm ni ada mesy PASCAP...come what may!!! Janji nak keluar pukul 9 pagi.. tapi dah dok menghadap NB ni.. update blog2...lalut sampai 10 lebih baru nak bergerak. Terus ke Damansara - hantar durian.. sbelum tu singgah kebun orang ambil rambutan lagi. Sampai di sana laksa belum masak... tunggu untuk makan tengahari.. lepas zohor..beredar ke Shah Alam. Tak lama pun kat situ... nak terus ke PC Fair tapi kesuntukan masa. Singgah asar kat Petronas Bangsar dah pukul 5 ptg... tak jadi ke sana terus menghala balik ke kkb. Sampai rumah seblum 6 ptg. Dapat rehat sekejap je.. lepas maghrib ke masjid untuk isyak. Dari masjid terus ke balai raya TDBB.. tunggu punya tunggu.. panggilan mesy pukul 9.. sorang2 sms tak dpt dtg. Ketua punya tak nampak bayang.. sms pun tak layang. Akhirnya ada ber4 je... sambil citer2 makan rambutan..balik 10 lebih. Mata sejak tadi dah rasa berat... masuk tidur je sebelum 11 mlm.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Saturday, December 3, 2011
Dis 3
Sabtu - fuhlamak...hari ni paling banyak senarai aktiviti yang ada... akhirnya semua tak pergi. Yang pasti kenduri kawin di Gedangsa....1/2 pasti.. kenduri sunat di Antara Gapi..mungkin pameran iks di Soeharto.... come what may!!! Tengah update kat sini lepas subuh tadi, tetiba ongumah dah siap sedia nak keluar... ingatkan tak jadi ikut cadngan semlm keluar 8 pagi ke Kg Soeharto dulu. Hbaisnya pukul 9 baru dpt bergerak... terus ke pameran IKS Dun Hulu Bernam di kawasan lapng Kg Soeharto. Sampai YDP tgh bagi ucapan..kira baru nak mula la. Dapat la ambil gambar2 sikit untuk update web PASKAW. Sebelum 11 pagi dah bergerak pula ke rumah kenduri x-sm3kbian di gedangsa. Agak awal tapi orang dah ramai.. cumanya tak dapatlah ongumah nak bergambar dengan pengantin sbb tgh bersiap. Sebelum 12 dah bergerak singgah pula kat kebun di Gesir ambil durian - dah dipungut awal2 - dpt la dlm 15 biji. Dari situ singgah la kat dataran kkb solat zohor sbb lepas ni nak terus ke Antara Gapi. Ada kenduri anak staf nak sunat. Sampai dlm 2 ptg, jemaah tgh tahlil. Tak lama pun tunggu makan lagi... sampai hampir 3 petg.. baru angkat kaki. Sampai rumah mula menghadap nb siapkan dokumen nak mesy PASCAP esok malam. Sampai ke maghrib...sampai ke isyak... sambung pulak semak2 email, berita, update blog mana yang patut.... akhirmya masuk tidur 12 lebih juga jadinya.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Friday, December 2, 2011
Dis 2
Jumaat - hari kedua bulan akhir 2011.. penghulu segala hari... smlm mlm jumaat berlalu pergi tanpa aksi. Nak ambil rambutan jap lagi... boleh bawa ke mesy petang nanti...mkn malam di ulu yam lepas tu ceramah di btg kali... come what may!!! Rutin harian.. lepas subuh menghadap nb ni 1 -2 jam.. update blog, baca berita... berhenti tunggu lori ikan..beli ikan. Sebab Jumaat malas nak keluar lagi..tunggu keluar pi masjid ja nanti. Tapi dah janji pulak nak ambil rambutan kat kebun seseorang di Tmn Damai. Bersama anak 2 dpt lah bawa balik sebuntil - hantar ke pejabat sikit, asingkan untuk mesy sikit..lebih2 makan sendiri. Selesai memetik sebelum 10 pagi... sempat ke kebun sebelah rumah..kemas2 sikit..nak bakar2 tapi lembap hujan hari2. Sambil2 buat dokumen lagi untuk mesy petang ni, sempat juga gantikan lanpu bilik air dlm bilik..dan lampu utama blk yang dah terbakar lebih 1 tahun dah...ntah2 nak masuk 2 tahun dah kot. Selesai juga akhirnya. Lepas Jumaat.. gi kat masjid Darul Quran je hari ni... siap nak ke balai raya.. singgah ke sekolah hantar pengat durian.. hujan lebat mula turun dah. Mesyuarat mua 3 lebih... habis 6 lebih. Balik lepas asar tunggu maghrib.. pastu siap nak ke majlis makan malam di Ulu Yam... pergi berempat sponsored la.. kalau bayar sendiri takkan pergi punya. Hidangan nasi minyak, ayam goreng, daging kambing kari, sayur campur kering dan udang cili.. air sirap,buah oren.. satu kerusi RM35..berbaloi ka makan? anjuran PKR..Anwar datang bagi ucapan. Dalam hujan lebat tu sejak keluar dari rumah tapi perjalanan semua ok. Dapat tempat letak kereta... jln pinta ke tempat jamuan...sampai terus makan.. selesai makan ucapan Anwar...sebelum 10 dah selesai. Majlis masih in..ada ucapan2 orang lain...tinggalkan majlis untuk ke Dewan Abdul Hamis pulak.. ceramah umum lagi..Anwar pun ke sana juga. Sampai di Dewan letak kereta dpt depan pintu masuk..dlm hujang renyai... ucapan Anwar dah bermula.. ada yang diulang cakap..ada sikit2 perkara baru..sebelum 11 dah selesai. Ceramah masih ada ... kami dah angkat kaki... sampai rumah 11 lebih... masuk tidur sblum 12 mlm.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Thursday, December 1, 2011
Dis 1
Khamis - Dah masuk bulan 12... hari pertama. Ongumah ajak jalan lagi .. pi tengok F1 sekolah punya. Rasanya app lain belum ada lagi... mlm ni katanya nak kenduri bubur durian cicah roti kat masjid... come what may!!! Dah selesai update kat sini.. bergerak dari rumah ke Peransang Golf Kelab... ada pertandingan School F1 peringkat kebangsaan. Sebelum tu singgah bank update akaun JKKK... singgah hantar buku akaun kepada bendahari. Sampai di sana 10 lebih... Habis masa hampir 4 jam.. beredar 1.30 singgah makan di Rawang.. kedai makan sebelah SAKAN.. pun dah tutup nampaknya. Lepas makan terus balik... jem pulak kat Rawang makin teruk... ikut jln lama jem.. ikut flyover jem.. dulu kata Rawang akan jadi pekan mati bila NKVE dibuka.. tak mati pun... makin membangun dan sibuk, Sistem lalulintas masih tak dpt diselesaikan... sengaja atau tak sengaja tak tau le... biar orang2 kat atas tu yang fikirkan. Sebelum sampai rumah singgah kat TDBB, jengok kontraktor nak buat gelanggang takraw pulak. Sampai rumah dekat 4 ptg... lepas zohor tunggu asar... lepas asar menghadap nb..habiskan citer KERIS LAMA..sampai maghrib siap2 dokumen untuk mesy esok. Isyak di masjid.. bawa bekalan pengat durian cicah roti.. sampai jemaah dah dijamu roti cicah sambal/rendang... lepas isyak ada lagi yang nak makan... habis juga la yang dibawa. Dpt juga 2 orang bungkus sorang sikt bawa balik rumah. Sebelum masuk tidur semak2 apa yang patut... sekali terjumpa video klip ucapan2 ketua wanita umno, saifudin nasution, anwar ibrahim... layan sampai lebh 1 pagi baru tidur.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Subscribe to:
Posts (Atom)

