Friday, September 30, 2011

Sept 30

Jumaat - hari terakhir bulan September - bulan penuh sejarah tersendiri buat orang tertentu. Esok dah mula bulan 10 - Oktober... akan adakah sejarah lagi. Selagi ada harinya, masanya - peristiwa yang dialami tu lah yang jadi sejarah- kalau ianya meninggalkan kesan /memori berpanjangan. PAgi ni sistem masih oke... akses je masih lembap 1/855k je. Setakat ni tak ada program khusus kecuali lewat petang ada pek program - 6.30 ptg solat hajat di asrama, 9.30 nak lari ke masjid besar ada mesy agung.. kalau sempat la..come what may!!! Oh tidak.. rupa2nya ada satu lagi event yang kena attend lepas asar nanti. Sblum masuk kelas makan nasi tomato belen semalam kat pantry. Keluar kelas 9.30 pagi buat itu ini sampai waktu balik..ada relif pula waktu akhir tu. Lepas Jumaat ...baca paper sambil nak lelapkan mata sementara tunggu asar. Solat asar di masjid besar sbb lepas tu attend undangan majlis akad nikah x-sm3kbian anak Ketua Unit Pelandang(UPK) KKB. Selesai akad nikah dijemput minum2, makan2 di rumahnya pulak. Selesai dah dekat 6 ptg. Balik sempat mandi kejap..keluar semula ke asram ada solat hajat. Seblum magrib pekena nasi ayam dulu... selesai majlis lepas solat isyak ada makan2 lagi. Tak sanggup dah ...pau je ayam dan kuih2. Sebelum tu dah pau buah lai 10 biji..tambah limau pula 7-8 biji. Dari asrama terus ke Masjid Ar-Rahimah untuk mesyuarat agung. Selesai 10 lebih.. ada nasi goreng bawa balik je 2 paket. Sampai rumah hampir 11..lepak depan tv melanggut sambil terlelap...cerita apa tah kat TV3 sampai masuk tidur 12 mlm lebih sikit je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, September 29, 2011

Sept 29

Khamis - pukul2 nanti ada makan2 dgn bebudak mentee asrama.. join 3 group. Sistem hari ni .. ok.kehadiran ok, LAN ok, akses pun ok...tapi speed test masih lembab jap2 1m/867k; jap2 792/941k,1/955k .. tapi boleh la akses juga...come what may!!! Kelas waktu pertama & kedua... lepas keluar cari2 makan kat pantry tapi tak ada la nak makan sgt.. nanti ada jamuan. Selesai buat surat2 ...masuk kelas kedua pulak 11.10-12.30. Pastu selesai solat zohor.. lepas ni kalau makan lewat sikit pun tak terkejar2.. habisnya lepas makan terkejar2 juga nak balik sbb nak kado hajat. Sementara tunggu asar.. baca paper lama..layan tengok tv. Teringat pula nak kena segerakan fotostat bahan, nak kena buat laporan senarai pemohon beli rumah di TDBB. Bergegas ke masjid untuk maghrib.. lepas tu ada mesy agung. Pengerusi kena la hadir kan. Lepas Isyak ke rumah arwah untuk tahlil... balik seblum 10 mlm. Relaks sekejap sebelum masuk tidur seblum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, September 28, 2011

Sept 28

Rabu - sistem running ok... speedtest punnaik sikit 1.5/841k. Pagi ni jap lagi letrik akan terputus.. TNB nak buat penyenggaraan. Sepanjang hari tak leh akses sampai mlm nanti.... apa nak buat? come what may!!!Tungu punya tunggu punya tunggu tak shut down pun..cuma lampu malap kipas lembap. Jadi sepanjang hari masih boleh buat kerja... masu kelas 10.30 sambung relif 11.10 sampai 12.30. Lepas tu baru makan bihun goreng kat pantry. Tak lama lepas tu waktu balik..balik la kan. Dapat tau berita majlis ahad keluar kat SINAT. Singgah isi minyak kereta beli SINAR sekali.. kaluar kat page Sabak Bernam pulak. Lepas zohor ingat nak keluar semula..rasa malas pula.Relaks baca surat kabar ahad (tak habis lagi baca)..sampai asar... buat kerja kat kebun sekejap lepas siram pokok. Masuk dah maghrib...isyak di masjid sebab lepas terus ke rumah Hj Sahyar .. raya terakhir sambil mesyuarat PASTI. Ingat boleh selesai awal..tapi 11 lebih juga jadinya. Sampai rumah dan masuk tidur sebelum 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, September 27, 2011

Sept 27

Selasa - Dah 29 Syawal...esok last day syawal..tapi pastinya lepas ni masih ramai yang buat open-house sampai raya korban gamaknya. Lantak le. Sistem ok je pagi ni... kehadiran ok... LAN ok.. akses pun ok.. tapi tak boleh launch speedtest. Hari ramai ketua pengawas PMR pergi taklimat.. maknanya relif pun banyak le...come what may!!! Dapat juga relif 3 waktu..1-2(2C) & 12(1C). Sementara tu siap sudah notis dan mm - jatikap & pascap. Dalam pada tu demo mona vie pada orang pejabat... makan di kantin pekena kuihtiaw je. Nak balik ada pecal pulak kat pantry pekena semangkuk. Sampai rumah lepas zohor... sempat print MM untuk disahkan penghulu. Sebelum 4 ptg cari dia kat pejabat, dia ada di rumah DO ..jamuan raya - untuk yg tinggal di kuarter kerajaan. Tak dijemput pun seblum..tetiba nak ajak join sekali..sori la. Dapat tandatangan terus belah ke pekan. Kalau ada rezeki tak kemana... AGRO Bank pun buat jamuan raya. Singgah kejap dengan Ameer... pekena sate, bihun, kuih2..tgh lapar la kiranya. Selesai sudah makan2.. serahkan dokumen kpd Ameer untuk hantaran . Singgah kedai beli hphone baru.. dpt model CLS RM210.00. Banyak juga featuresnya banding NOKIA harga RM198.00 Kira ok le untuk pakai biasa2... dual sim kad dah lama cari jenis ni. Balik dah 5 lebih. Godek2 set phone baru... asar lepas 6.30 ptg. Tungu maghrib...pekena nasi pulak sebelum makan ubat malam. Isyak pun kat rumah je....baca paper Ahad ..masuk tidur sebelum 10 mlm. Terjaga lagi pukul 3 seperti semalam... penangan mona vie???

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, September 26, 2011

Sept 26

Isnin - Bermula hari2 spt biasa tapi kesibukannya tetap ada .. minggu ni ada mesy masjid, nak prepare document mesy minggu depan...and.. and..and. Hari ni sistem ok walaupun ada blackout sabtu lalu..system semua reboot. Dikatakan 28 nanti no power 8 pagi-8malam, sementara tu come what may!!!!Hari ni 4 waktu masuk relif.. bawa nb nak buat kerja kuasa letrik kat kelas 2M tak hidup... layan bebudak tu cerita sejarah. Lepas waktu sekolah terus balik..singgah bank .. ongumah keluar masuk duit urusannya... bayar hamper majlis sabtu lalu.. masuk ke bank urusan keluar 3K. Balik dekat 3 ptg....lepas zohor keluar semula cari bendahari serahkan bayaran2 program semalam.... pastu jumpa Ameer ambil gambar majlis semalam..nak bagi pada SINAR... terus ke Pejabat Daerah tuntut semula deposit guna dewan sabtu lalu... singgah masjid untuk asar.. Alhamdulillah semuanya selesai. Sampai je selesaikan utusan pindah gambar dari kamera Ameer ke NB... hantar email kepada wartawan SINAR.. masuk maghrib..berbuka puasa (selesai 6 hari puasa syawal..alhamdulillah). Elok masuk isyak perut meragam... habis masa 45 minit dlm blk air... paper semalam pun tak sempat baca.. sempat la baca MM2 dulu. Lepas Isyak kemas2 fail yang bersepah...sort dan susun.. ada juga terasa mata ni mengantuk sgt... masuk tidur sebelum 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, September 25, 2011

Sept 25

Ahad - Selepas Subuh tadi..wirid2 sikit..terus siap ke majlis jamuan raya & serah CF TDBB. Sebelum 8 pagi dah sampai ke lokasi majlis. Tetamu pertama sampai En Wahab MDHS....lepas tu YB ada gamaknya). Lepas tu En Rashidi ARK... dan sorang demi sorang. Sebelum 9 pagi orang tak berapa nak ramai..YB Iskandar pun sampai..majlis terus bermula sbb Yb perlu tinggalkan majlis sbelum 10 pagi. Pertengahan program Pegawai Daerah pun sampai. Lepas tu Dato Salleh Pengerusi ARK sampai. Lengkaplah 1/2 jemputan ...kira okla. Semuanya berjalan lancar walaupun perlu terkejar sana sini untuk pastikan flowkan aturcara. Seblum 12 tgh selesai majlis.... serah Cf disambung oleh Dato Salleh dan En Wahab. Semua berpuas hati walaupun 5-6 langau berdesing komplen itu ni... serah kpd MDHS settlekan, hal libatkan majlis tak ambil pot langsung. Komlen2 pun hadir juga.. makan juga.. hamper nak juga. Lantak le. Sampai rumah sbelum pukul satu... kemas2...hantar orang itu orang ini...lepak seblum nak zohor. Lepas ni anak buah nak dtg ke rumah... nak pergi ke Antara Gapi jemputan rumah terbuka Cikgu Zariah. Sempat ke ..come what may!!!Anak buah sampai sebelum 3 ptg... sampai pulak xguru dgn suami(Cikgu Salmah). Dapat la keluar menuju Antara Gapi sebelum 4 ptg. Sampai makan rendang itik, laksa, kuih2..dah full. Balik singgah hantar bekas2 bawa lontong belen tadi kpd tuannya... singgah kedai di pekan kkb..ambil hamper satu lagi...sampai rumah dah 6 lebih. Sempat asar sebelum masuk maghrib...isyak di masjid sbb ada perbincnagan JK Tertinggi. Balik sebelum 10 mlm...masuk tidur 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, September 24, 2011

Sept 24

Sabtu - hari ni harinya sekali lagi. Minggu lepas di Triang, Pahang, Hari ni di KKB. Majlis walimatulurus anak 1 di kompleks sukan kkb. Apa nak jadi?,..come what may!!! Sebenarnya ada janji dengan lori untuk angkat barang ke dewan pukul 9... sampai pukul 10 pun tak dtg2. Ada orang dah call nak jumpa kat dewan. Bila call tanya lori dah ada di dewan...dah tunggu pulak dia sampai ke rumah. Dah tu naik lori je la ke dewan dengan baju ala pengantin in purple lagi. Tak lama lepas baru nak uruskan apa yang kurang menjelang 11 pagi rombongan perempuan dah sampai. Depa berehat kat bilik asrama yang disewakan. Tetamu mula dtg dari jam 11...dan mula ramai menjelang 12...menjelang 1 dah mula risau takut makanan tak cukup. Tapi caterer dah biasa katany handle bab ni. Ok la..percayakan dia je. Sibuk le sikit...sambut tetamu, jadi MC..cuma stop jadi kameraman jap. Akhirnya sampai 4 ptg masih ada yang dtg. Lari solat zohor singgah beli lauk yang ada - ikan kelu masak cili, telur itik masak lemak, tempe goreng. Kat dewan makan utama dan kira habis..tapi nasi briani lebih 2 tabung ada lagi. Ayam goreng pun ok lagi..dalca pun ada juga.. kurma habis.yang dah habis menu nasi putih...sambal sotong,kerabu, lemak datang. Sibuklah sikit nak layan tetamu masih datang.. nak komplen dengan servis caterer...tapi keseluruhannya ramai puji makan sedap. Selesai kemas semua menjelang 5 ptg. Sampai ke rumah dah 6 lebih... lepas asar rehat2 jap sebelum maghrib...bawa ke isyak. Lepas tu hantar bekalan sikit kepada guard IKBN..terus ke tapak program..sampai 12 lebih....elok sampai rumah blackout bermula..dijangkan sbb dpt maklumat akan ditutup 12 mlm sampai 6 pagi. Pintu rumah berkunci...nak tidur dlm kereta je..tapi ada yang buka pintu dlm gelap2 tu. Cuci itu cuci ini..masuk tidur seblum 1 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam