Monday, July 4, 2011

Jul 4

Isnin - nah hari ni tersusun agenda dari pagi bawah ke mlm. Dah set sebelum waktu balik ni ada mesy Tabung Kebajikan..nak lulus permohonan pinjaman ahli..lepas tu nak cari masa nak ke pejabat agama nak sign borang akuan bujang...anak yang nak kawin... lepas tu nak berkejar pulak ke Nilai 3 ambil barang dibeli semalam..pukul brapa nak sampai balik..come what may!!! lepas pagi duduk dalam bilik server buat kerja2 - update blog sekolah, update takwim Jun-Ogos kat SPS..dah dpt surat pun dari BTP minta gunapakai SPS. Tak ada masalah tapi masalahnya pihak pengurusan...seawal tahun ni urusan bestari masih tempel-tempel. Lepas tu time masuk kelas. Keluar kelas gi mesy tabung kebajikan... makan free nasi berlaukkan ikan rebus cicah sambal. Sempat solat zohor dulu sebelum time balik. Ni ada taklimat pula pasal bengkel sabtu ni tapi tak dpt tunggu. Hantar anak balik..singgah pejabat agama dulu urusan borang anak ni..tak selesai sbb kena jumpa jurunikah juga. Pukul 3 baru bergerak ke Nilai3. Ikut highway nak cepat .. tapi lepas keluar guthrie selalu silap masuk jalan ...akhirnya menghala ke utara..masuk MMR2. Pusing2 cari jalan keluar ..2 kali nak bergesel kereta orang..akhirnya dekat pukul 5 baru sampai kat kedai nilai3. Masukkan barang - 12 kotak mug ceramik...terus bergerak balik. Kali ni terus je perjalan ...singgah asar kat petronas dengkil..pun dah 6.30 lebih...sampai rumah pukul 8 lebih. Sempat maghrib...masuk isyak. Tengah nak kemas2 fail..ongumah nak makan kat luar..layan la kejap..balik dah pukul 10..baca berita online...masuk tidur 15 minit sebelum 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment