Monday, October 24, 2011

Okt 24

Isnin - cuti devali dah mula... apa nak buat hari.. come what may!!! sakit masih terasa ni. Keluar ziarah x-staff di Tmn Juta sakit terlantar atas katil... dengar khabarnya dah lama tapi baru dpt nak pergi.. kebetulan ada hamper untuk diserahkan... sambut devali sekali. Kurang lebih sampai 11 pagi... balik ke rumah semula. Lepak2 depan tv... kemas2 fail yang ada... sampai lunch. Lepas zohor biasale cover semalam tidur lewat... Lepas asar siap2 nak ke Shah Alam. Ada program makan malam perasmian bangunan muslimat PAS Selangor... ber4.. 2 kereta. Singgah kat Elmina solat maghrib... sampai destinasi ngam2 azan isyak kat masjid negeri. Tengah kautim tempat duduk .. Tn Guru Abd Hadi Awang sampai... dpt la bersalam dengannya. Makan biasa je.. nasi putih, ayam goreng berempah, ikan cencaru goreng sambal, ulam cicah sambal belacan.. & semangkuk sup tulang.Sedap pula rasanya tambah 3 kali (sikit2 je - tapi kalau campur jadi sepinggan truk juga). Lepas makan majlis bermula.. ucapan itu ini.. dan perasmian. Angkat kaki sebelum majlis tamat nak elak jem. Dek kerana ada yang mengadu makan tak kenyang singgah kat Rawang pekena capati dgn geng2... dah pukul 12 mlm kat situ. Sampai rumah 1 lebih ..isyak dulu sebelum masuk tidur 1.30 pagi.. sakit2 lagi ni.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment