Thursday, May 10, 2012

Mei 10

Khamis - hujan lagi awal pagi tadi.. dengan dentuman guruh tapi reda menjelang subuh. Cuaca memang panas sejak semalam... pagi ni sejuk sikit. Sistem masih ok.. speedtest 8/1M. Nak masuk kelas pertama... come what may!!! Keluar kelas pekena roti sadin kat pantry.. masuk kelas kedua. Dokumen tambahan untuk mesy kul 12 pun dah siap. Sebelum mesy pekena nasi sepinggan - lauk ikan sekor, sayur... air barli gelas besar. Selesai mesy 1.30. Loceng balik 1.50 .. tak masuk mesy jk kualiti...terus balik je. Lepas solat zohor lepak2 atas kursandar...terlelap 1-2 kejap ..terganggu dengan deringan telefon. Lepas asar lepak lagi. Keluar awal sebelum maghrib ke rumah seseorang untuk usaha bantu cegah kena ceroboh lagi.. baca yassin, tahlil, solat maghrib, solat hajat dan 'pagar' rumah.. pimpinan Us Zali. Tapi tak dapat tunggu lama lagi sbb dah janji dgn ydp nak ke Hulu Bernam - ada kes orang mati disebabkan lynas. Singgah Isyak di masjid kelumpang. Singgah pekena bihun sup tulang kedai cikgu Suroso. Singgah lagi kat kedai makan cina ada kumpulan orang india nak pindah parti sbb isu rumah tak dapat bantuan pihak yang diharapkan. Bincang2 sampai 10 lebih baru cari rumah mangsa lynas.. nak dptkan maklumat drp ibu mangsa.. tapi dia tak ada. Kena set hari lain. Balik sampai rumah 11 lebih.. masuk tidur 11.30 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment