Friday, June 1, 2012

Jun 1

Jumaat - dah masuk bulan Jun hari ni.. 5 bulan dah berlalu. Hari ni masih cuti. Program2 pun dah terlaksana - tapi yang tgh dirancang masih ada. Terdekat hari ni ke esok nak ke Melaka, balik hari isnin kena ke Ipoh.. balik Khamis, Jumaatnya mesy JATIKAP, dlm pada tu tgh planning nak buat HITEA untuk guru2 berpindah. Projek besar dlm perancangan nak bela itik & kambing tepi kolam tinggal di TDBB.. come what may!!! Tak sempat nak rancang kerja hari ni, rupa2nya nak ke Melaka hari ni. Siap2 pukul 9 lebih keluar dari rumah. Singgah petronas pump tayar, singgah bank ambil slip keluar duit, singgah sekolah bagi makan ikan (ongumah la tu), hantar mm khiarat kepada su di rumahnya, singgah rumah bendahari JATIKAP hantar butiran prbelanjaan bulan mei.. bertolak ke destinasi dah 10 lebih. Ikut jalan lama singgah btg kali pulak beli alatan pancing... masuk KL Sg Besi dah 12.lebih. Singgah RnR Seremban makan tgh dah masuk waktu zohor.. akhirnya sampai Straits View Lodge Pantai Putei Melaka hampir 4 ptg. Sempat zohor-asar... lepas tu ke pantai memancing dapat 2 ekor ikan kecik2 je...jamu kucing makan dan buat umpan.. sampai masuk maghrib, Balik ke bilik maghrib-isyak.. memancing lagi. Mlm ni ada pertandingan memancing kat pantai ni. Tengok orang pasang joran 14 -17 kaki panjang... untuk pancing ikan laut dalam. Bayaran masuk RM30... hadiah ikan terberat RM2000... tak judi ka tu? Taruh 30 ..harap dpt 2K? Dengar citernya kalau siang hari masuk RM100 dpt hadiah RM10K. Tunggu nak tengok brapa ramai dapat ikan... sampai 10 lebih baru sorang dpt seberat 900g.Sampai 11 lebih tak ada pun yang dapat ikan. Ntah la kat mana trillnya... lontar kail dan tunggu..tunggu..tunggu. Tarik kail umpan habis dimkan ikan kecil...hasil tak ada...sampai tempoh 1.30 pagi.  Tak tahan mata..balik ke bilik masuk tidur sebelum 12 mlm dlm kesejukan air cond.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment