Monday, August 10, 2009

Ogos 10 - Isnin

Menggu kedua bulan Ogos. 10 hari lagi puasa. Itu citer kemudian. Hari ini tak banyak masalah...semua kerja berjalan lancar. Dalam pada itu masih ada juga kerja yang tak dapat nak mulakan walaupun dah lama tertangguh. Cuba je le mana yang boleh.

Sunday, August 9, 2009

Ahad - diKL

Lepas ke market kkb beli barangan dapur untuk seminggu, cek pi KL. Kat KL ni kat Kampung Baru, rumah kakak ponnu cek ada di sana. Adala 3-4 sedara mara berkumpul makan tengahari. Bahaya untuk orang-orang macam cek ni....sebab? sebab ramai-ramai makan, buka cite...makan tambah 2 kali. Bahaya tu...makan ubat lepastu 2 biji pun blum pasti glukos dalam darah boleh turun. Tawakal je le. Kat KL ni dapat juga test line broadband ...memang ok HSPA ...confirm kat KKB tak dapat line laju. Hari tu cek dah complain kat Celcom...kena terima hakikat - celcom punya iklan memang menipu - indah khabar dari rupa,kata kat mana-mana pun boleh dapat..hatta kat luar negara!!! dalam negara pun tak luas liputan. 2. masa beli jurujual kata nak tukar package RM98 - RM68, call je celcom center, bila dah call memangla dapat cakap tapi untuk tukar-tuakr ni kena pi kat center - kat Selayang le tu kot? - ni yang buat cek bengang - sekali lagi nak menyusahkan pelanggan. Macam biasa - Celcom ke, Maxis ke - sama je peel nya..bila nak duit kita boleh je pakai sms - siap ditolak duit dari kredit phone, bila bab lain macam ni, kita kena turun mengadap depan. Kalau center tu sebelah rumah ke, dalam kawasan KKB ke, boleh le juga nak uruskan. Ni dah le jauh, minyak lagi, parking lagi, masa le ...depa tak fikirkan ke masalah orang. Banggang kot???

Saturday, August 8, 2009

Sabtu 080809

Cantik nombor tu....ada sapa yang dha beli??? Hari ini ada kursus dalaman (LDAP) tajuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang melibatkan semua guru mata pelajaran kecuali PJK dan Sivik. Jadinya cek tak terlibat nak buat JSU ni sebab sivik tak ada peperiksaan....tak terlepas. Cek masih ikut sama...tapi buat kerja ni la..update blog.

Friday, August 7, 2009

TERLEWAT SEHARI

Hari ni dah Jumaat semalam malam Jumaat..malam sunat bagi yang berkenaan. Biasanya cek buat update sebelum masuk tidur. Ntah ngapa dari jam 8 malam hingga ke 10.15 mlm line ok je. Tetiba ada gangguan talian...tak dapat nak buka internet..itu yang guna broadband Celcom penipu tu. Switch kepada Pc guna talian streamyx..tak dapat nak log in pun. Dah try shut down system 2 kali tapi masih tak dapat nak log in...jadinya tak dapat le nak blogging. Pengalaman menjadi pengajaran. Mulai hari ini di setiap awal pagi, cek akan key in dulu tajuk dan update bila ada kelapangan. Itu je caranya nak ajar teknologi...kita tipu sikit bukan sapa tau.
Anyway semalam pun tak banyak peristiwa....yang satu tu dah masuk www.smkkkb.blogspot.com pasal H1N1. The rest of the day spent my time dalam bilik server untuk settlekan mana yang sempat kerja-kerja yang boleh dibereskan. Dalam pada itu adala juga interupsi (gangguan le tu) tapi tak le yang menyusahkan sangat - ada pelajar nak burn CD projek LK nak guna makmal, sebagai GPB yang prihatin cek bagila masa sekejap untuk depa. - pastu AJK Cybekids buat update dalam portal, bantu la mana yang boleh, pastu KB Kemanusiaan minta check NB dan LCd - kena la tolong, tu ponnu cek, kalau tak malam jumaat miss o o o ...pastu ada guru minta print doc color ..pastu time balik. Cek pun balik tidur!!!
Untuk hari ini ...hari masih muda - awal lagi nak cerita apa-apa sebab pagi lagi. Hari Jumaat masa tak panjang -12.30 dah nak balik....jadi sempatlah buat apa yang sempat dibuat - buku rekod, semak email dan masuk relif. Kelas untuk direlif kelas agama so cek jadi ustaz la pagi ni...ajar le bebusak tu sikit-sikit bab tajwid. Kira ok juga le bebudak 1D lelaki ..tau juga depa huruf-huruf asas dan boleh baca fatihah. Kira ok la tak le risau sangat. Bab ibadah dan lain-lain tu depa belajar le pelan-pelan dengan ustazah depa. Jadi sampai masa, cek balik le...ptg nak online sampai malam tapi rupa-rupa line streamyx memang bermasalah di KL/Selangor sejak semalam. Dapatlah siapkan CD koleksi tarian yang bebudak sertai dalam pertandingan bulan-bulan lepas (dah lama depa tunggu CD ni - akhirnya siap juga). Malamnya pula movie kat AXN dan TV3 boleh tonton belaka.Masuk tidur 12.00 mlm sebab cerita King Kong (TV3) bersambung lepas news...esok ada kursus pulak.

Wednesday, August 5, 2009

Hari ni CUTI

Bukan sebab H1N1 tau. Cek ambil cuti rehat hari ini sebab bawa anak cek pi cek gigi kat hospital gigi Rawang. Lepas tu pi hantaq di kar UPM. Balik dah tgh hari. Sekali ni cek ambil cuti cek rasa lapang dada. Kalau sebelum ni dalam 30 tahun perkhidmatan cek ambil cuti atas sebab-sebab terdesak tapi dengan hari berat memikirkan kerja kat sekolah. Hari ini lain pulak. Dah rasa macam seronok pulak nak siap-siap pencen. Fuh!!! tengok la macam mana...tahun depan boleh le buat persediaan kot.
Ponnu cek hantaq sms kat ada student ting 1 asrama lagi ..positive H1N1. Dah tu macam mana...cek tak tau cerita lanjut dan tindakan lanjut.Esok baru tau gamaknya. CUTI ka tak CUTI!!!

Tuesday, August 4, 2009

Hari ini pun okay

Selasa 4 Ogos...walaupun pagi bersedia untuk kelas di dewan sebab guna LCD...ingatkan ada yang nak observe...tapi selebihnya ok je sebab tak ada relif.Sempatla nak selesaikan 2 surat yang datang - i. survey pc ict/ictl ii. surat pangguilan pegawai penilai lupus aset - dua-dua selesai tinggal bagi kerani poskan. Dalam pada itu datang pula kaji selidik dari BTP hal bestari. Dah separuh diisi sambung Khamis la pulak..esok cek ambil cuti.

Monday, August 3, 2009

LAIN SIKIT HARI INI

Selama 2 hari cek tak blogging. Bukan apa saja je...nak tenangkan fikiran lepas kepenatan juga la membantu jiran sebelah rumah ni buat kenduri kahwin anak dia. Semuanya berjalan lancar.
hari ini awal pagi dah buat penggambaran koir sekolah dapat tempat ke 4...seluruh negeri selangor..bangga habis..tahun depan mungkin boleh dapat nombor 3 pulak kan.Macam biasa lepas kelas (1 waktu) dapat 2 kelas relif waktu akhir. Mulai esok setiap hari Isnin dan Selasa, Khamis dan Jumaat cek nak tulis siap-siap kat papan putih tu nak buat kerja pengurusan sekolah bestari...bagi depa faham sikit. Hari ini surat ke BTP pasal pelupusan yang tertangguh sejak 2 bulan lepas dah settle. Sempat pula buat edaran kepada semua guru pasal penggunaan ICT di sekolah untuk update PPICT online. Esok baru nak edarkan.Lain daripada, perjumpaan Cyberkids dan Briged Bestari tetap dijalankan 2-3ptg. Balik pun awal, semua kerja beres. Dapat ke kebun keluarkan peluh petang tadi. Malam ni ponnu cek nak minta exercise keluarkan peluh pulak...so cek logout duluuuuuuu!!!