Friday, August 7, 2009

TERLEWAT SEHARI

Hari ni dah Jumaat semalam malam Jumaat..malam sunat bagi yang berkenaan. Biasanya cek buat update sebelum masuk tidur. Ntah ngapa dari jam 8 malam hingga ke 10.15 mlm line ok je. Tetiba ada gangguan talian...tak dapat nak buka internet..itu yang guna broadband Celcom penipu tu. Switch kepada Pc guna talian streamyx..tak dapat nak log in pun. Dah try shut down system 2 kali tapi masih tak dapat nak log in...jadinya tak dapat le nak blogging. Pengalaman menjadi pengajaran. Mulai hari ini di setiap awal pagi, cek akan key in dulu tajuk dan update bila ada kelapangan. Itu je caranya nak ajar teknologi...kita tipu sikit bukan sapa tau.
Anyway semalam pun tak banyak peristiwa....yang satu tu dah masuk www.smkkkb.blogspot.com pasal H1N1. The rest of the day spent my time dalam bilik server untuk settlekan mana yang sempat kerja-kerja yang boleh dibereskan. Dalam pada itu adala juga interupsi (gangguan le tu) tapi tak le yang menyusahkan sangat - ada pelajar nak burn CD projek LK nak guna makmal, sebagai GPB yang prihatin cek bagila masa sekejap untuk depa. - pastu AJK Cybekids buat update dalam portal, bantu la mana yang boleh, pastu KB Kemanusiaan minta check NB dan LCd - kena la tolong, tu ponnu cek, kalau tak malam jumaat miss o o o ...pastu ada guru minta print doc color ..pastu time balik. Cek pun balik tidur!!!
Untuk hari ini ...hari masih muda - awal lagi nak cerita apa-apa sebab pagi lagi. Hari Jumaat masa tak panjang -12.30 dah nak balik....jadi sempatlah buat apa yang sempat dibuat - buku rekod, semak email dan masuk relif. Kelas untuk direlif kelas agama so cek jadi ustaz la pagi ni...ajar le bebusak tu sikit-sikit bab tajwid. Kira ok juga le bebudak 1D lelaki ..tau juga depa huruf-huruf asas dan boleh baca fatihah. Kira ok la tak le risau sangat. Bab ibadah dan lain-lain tu depa belajar le pelan-pelan dengan ustazah depa. Jadi sampai masa, cek balik le...ptg nak online sampai malam tapi rupa-rupa line streamyx memang bermasalah di KL/Selangor sejak semalam. Dapatlah siapkan CD koleksi tarian yang bebudak sertai dalam pertandingan bulan-bulan lepas (dah lama depa tunggu CD ni - akhirnya siap juga). Malamnya pula movie kat AXN dan TV3 boleh tonton belaka.Masuk tidur 12.00 mlm sebab cerita King Kong (TV3) bersambung lepas news...esok ada kursus pulak.

No comments:

Post a Comment