Tuesday, August 18, 2009

MENJELANG RAMADHAN

Sehari dua lagi masukla kita ke bulan Ramadhan AlMubarak yang penuh keberkatan. Cek na ubah sikit pengisian dalam blogging cek ni bermula hari ini - 18 Ogos 2009
Kalau anda pikir anda masih Islam,bacalah....kalau tidak......Allah saja yang tahu...
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini..kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..Suatu hari pada masa solat Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin gun....lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu!"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan diri..daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya
lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah kita mulakan solat Jumaat". Macammana?... Adakah anda rasa lawak dgn cerita ini.Selain
terhibur anda fikirlahlah...
" Lawakkan? dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 50 yg betul-betul
beriman.... "
" Lawakkan? Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah iman mereka...baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia belum mendirikan solat Jumaat lagi..."
"Lawakkah? ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time Jumaat... tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje... bile time sembahyang raya....."
"Lawakkan? Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatat di dalam Al Quran"
"Lawakkan? Berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak?... kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH... alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama
Lawakkan??? Kenapa gelak.. tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahuaallam.


Posting ini cek dapat dari email Rahim Omar Terima kasih je kat dia tetapi cek buatediting sikit kat 2 tempat :
1. tinggal 20 orang je lepas kena gertak - kalau 20 oang mana boleh dirikan solat Jumaat?
2. 2 orang Taliban(?) kot - sebab tutup muka nampak mata je - berpaling dan meninggalkan Pak Iman lepas suruh Pak Imam mulakan solat ...nampaknua 2 orang ni pun hipokrit juga la!!!
Jadi cek dah cantikkan sikit ceritanya supaya lojik sikit.

Hari ini cek tak buat banyak kerja sangat..lepas 2 waktu kelas cek buat kerja mengemas bilik.Hari ini cek terima tanggungjawab nak henadle urusan PPSMI. Dapat kunci untuk 3 almari besi. Dari situ boleh la cek simpan balik semua khazanah dalam almari kat bilik cek ke almari tu..lapang sikit. Jadi sampai waktu balik cek buat kerja kemas mengemas je. Begitula adanya. Posting ni cek buat dari rumah.

No comments:

Post a Comment