Friday, August 14, 2009

Friday O Friday

Hari ni kecoh ...dalam minda je...apa taknya. Sebelum pergi ke sekolah minda dah diset rutin...login kehadiran..masuk bilik..set pc.nb...ambil kunci buka makmal bestari...buka lock bilik server ikut luar...duduk buat kerja. Tapi hari ini..login kehadiran...pengetua blok bagi makluman seperkara dua...masuk bilik pengetua..komplen tak dapat log in IE...cuba buat setting..cikgu ICTL dah datang minta kunci...habis kerja-kerja rutin jadi tak rutin. Pengetua minta buat sesuatu ...ambil masa 2-3 waktu..sempat berhenti minum kopi, roti cicah bubur durian ...sambung buat kerja itu ini..tengok dah jam 12.00 tgh. Sempat tulis buku rekod dan hantar..teringat pula esok ada sekolah ganti...buat penat minda je!!!
Petangnya...jam 3 - meeting dengan pengawas untuk program PERMATA Isnin nanti..terus ke meeting Khairat Kematian...selesai 5 lebih...sampai rumah 6 ptg. Malam ni nak sediakan untuk esok pulak...ada operasi bersih makmal, nak buat tayangan video untuk pelajar (yang tak ramai di sekolah) nak cari bahan tusyen..nak tidur !!!

No comments:

Post a Comment