Tuesday, August 11, 2009

Selasa 11 Ogos

Hari ini tenang juga. Kelas 2 waktu - 1 waktu diambil oleh ustazah nak cover silibus. Waktu-waktu lain buat kerja yang sepatutnya. Buka blog gpbnsde nampak komen dari Khairul Nizam- bekas gpb Kuala Selangor. Peringatan darinya membolehkan cek masukkan data SSQS online. Cek punya dah selesai. Pengetua punya kena semak balik maklumat- eso boleh cek settlekan. Balik jam 3.30 En Zahri call nak buat mesyuarat hari khamis ni.Agak tergesa juga tapi rasanya tak ada yang terlibat program lain kot. Cek ok je. So update blog sekali lagi dan email kepada semua. yang pantas menjawab - Thurai dan Brahym...yang lain ? Ntah le belum buka baca kot. Tak macam cek kat sini - hari-hari mesti mau buka tengok - baru komunikasi tak putus. Dalam pada itu dah selesai login data SSQS pelajar. Tu la cek dah kata kalau , dah cek ingat le login id tu kodsekolah+r dah lama settle benda ni. Kesian pulak kat penyelaras makmal yang tak sempat buat online...tinggal 2 hari lagi. Kalau esok atau lusa depa tengok blog cek ni, depa pun sempat buat rasanya.

No comments:

Post a Comment