Saturday, November 7, 2009
SABTU 7 NOV
Hari ini pun ada mesyuarat -JK Kurikulum. Ingat dah tak terlibat sebab nama tak ada dalam senarai...tapi akhirnya diperlukan ada dalam JK. Lagipun ada hal yang nak dihighlightkan kepada Ketua Panitia Mata Pelajaran. Bermula jam 8.30 pagi dan habis 12.00 tgh. Atas sebab dah nak aduan markah akhir tahun tak dapat nak masuk ke sistem...cuba tackle masalah dengan guru ICT Sdr Rosli Jamaluddin. Try punya try..akhirnya berjaya install XP dalam kom sever lama...dah ada connection..dek masa dah sampai jam 5.oo petan..berhentila dulu. Hari Isnin dijangka boleh settle,InsyaAllah.
Friday, November 6, 2009
JUMAAT 6 NOV
Kini sudah kembali ke sekolah. 5 hari tidak berada di sekolah tempat kerja ada tanda-tanda perubahan. Letak duduk barang-barang sudah beralih tapi tak jadi hal. Tumpuan hari ini nak selesaikan beberapa perkara yang masih ketinggalan. Ingatkan esok Sabtu boleh berehat sikit..dah pula ada mesyuarat JK Kurikulum. Alahai...minggu pertama awal bulan orang lain mesti bagi cuti!!! Tapi ialah pula...2 minggu lagi cuti panjang. Masa tu rehatlah lama-lama...itu pun untuk guru-guru lain yang tak ada beban kerja yang berterusan.
Thursday, November 5, 2009
Final Day
Hari akhir di Seri Malaysia. Pagi ini kena wrap up sampai selesai. Lepas tu boleh bergerak balik ke KKB. Kena singgah UPM ambil anak balik cuti - ambil goji kat KL -pesanan pengguna regular kena dilayan.
Wednesday, November 4, 2009
D' Seri Malaysia - Day 3
Hari Rabu dah pun. Hari ini fulltime untuk habiskan slot bina blog - dari pagi sampai malam. Dalam peancangan malam ni kena buat presentation blog yang dah siap. Tengah try nak buat online conferencing dengan En Zahri malam ni tapi signal dari sana nampak macam tak nak hidup je. Lepas minum pagi, dapat maklumat kerja depa tak habis lagi....terpaksa tangguh lagi...sampai jam 10.00 pun masih tak selesai..tangguh jam 2.00 pulak. Akhirnya lepas juga tanggungjawab. Sesi bermula 3.00ptg sampai 5.00 ptg. Akan disambung dan selesaikan malam ini....!
Tangguh lagi...terpaksa bagi laluan kepada depa nak siapkan tugasan yang perlu diemel esok. Jadi kebetulan ada gerai-gerai jualan sbelah hotel ni, lepas makan malam bersama rakan-rakan- saja tengok-tengok apa yang dijual. Jumpalah pula gerai buat scanning resdung pakai ubi raja sadong.
Jadi cek cuba la try test....
Keputusannya hidung cek bebas dari resdung..alhamdulillah. Tu je untuk malam ni.
Tangguh lagi...terpaksa bagi laluan kepada depa nak siapkan tugasan yang perlu diemel esok. Jadi kebetulan ada gerai-gerai jualan sbelah hotel ni, lepas makan malam bersama rakan-rakan- saja tengok-tengok apa yang dijual. Jumpalah pula gerai buat scanning resdung pakai ubi raja sadong.Tuesday, November 3, 2009
D Seri Malaysia Day 2
Hari kedua di Seri Malaysia,PD. Awal pagi kursus bermula...pengisian membuka akaun email. Berlanjutan hingga rehat tengah hari sebab banyak ilmu selitan diberikan. Matlamat asal tercapai...email akaun peserta dah ada...groups pun dah boleh dibina. Sambil-sambil tu ditunjukkan juga menguruskan email...hantar email, reply, forward dan buat attachment. Sempat juga untuk gunakan feature baru...chatting..tapi dalam konteks ini dikatakan berdiskusi. Hampir semua berjaya sampai ke tahap ini. Selepas rehat, sesi disambung dengan pengenalan kepada blog....tetapi terpaksa ditangguhkan untuk meberi lalau kepada PPK Sukan JPN mengadakan mesyuarat bersama peserta yang menrupakan pengawai unit sukan daerah dan negeri. Dalam pada itu, sempat pula raikan hari ulangtahun kelahiran Sdr.Abd Latifi Abu Bakar yang ke 55...ada kek ice-cream...sodapppppp.


Akhirnya sesi terpaksa ditangguh ke esok hari. Malam ni pula mereka ada bengkel khas. So...jumpa esok la pulak
Monday, November 2, 2009
D' Seri Malaysia - Day `1
Hari Isnin 2 Nov 2009 - ke sekolah untuk selesaikan beberapa perkara sebelum bertolak ke Port Dickson. Soalan Sivik sempat disiapkan untuk diserahkan kepada S/U Peperiksaan, sempat mendaftar 2 orang guru baru - datangnya 26.10.09 - tapi dek sebab pengurusnya tak ada disekolah - hari ini baru didaftar. Pulak tu sorang lagi baru 2 hari daftar - cuti bersalin. Maknanya tahun depan baru jumpa dia. Claim perjalanan untuk Okt pun sempat disiapkan. Pukul 2 petang baru keluar dari rumah...singgah Damansara...pukul 3.30 bergerak ke UPM...pukul 4.00 ptg baru menghala ke PD. 

Dalam perjalanan kat Lukut hujan lebat, jalan penuh takungan air, kilat memancar....redah je dengan tabah. 6.30 ptg baru sampai destinasi, alhamdullillah. Dapat bilik nombor 102...tingkat bawah menghadap balai polis. Tempat letak kereta...depan pintu masuk.
Malamnya sepatutnya ada slot pertama tapi dek ramai belum sampai ditangguhkan ke esok. Jadi malam ni boleh tidur awal...!
Sunday, November 1, 2009
Nov 1
Semalam 31 Okt...sengaja tak update..cuti la katakan. Tak ke mana pun....browse net dari pagi sampai ponnu cek balik dari Shah Alam. Dalam pada itu terima call dari Gesir kat kebun durian dah gugur. Terkejut juga sebab bulan lepas pi tinjau tak nampak pun bunga ke, putik ke..tetiba dah berguguran buahnya.
Pagi tadi sempat la pi tengok...ada kat 20 biji bersepah jadi busuk, sempat kumpul dalam 10 biji dan jiran yang call pun kumpul dekat 8 biji..tapi dah tak elok la buahnya ..dah lama sangat. Yang peliknya buah tak hilang diambil orang...rupa-rupanya semua buah durian mangkak (mengkar)...isi keras...patut la orang tak pandang. Tapi dek dah datang dari jauh, kumpul la juga bawa balik..buat serawa (pegat kat orang sini). Rambutan pun tengah nak masak..yang dah merah pun ada tapi tinggi tak bawa galah panjang....biasanya bawa tangga 11 kaki sekali. Dapatlah kait yang dekat-dekat...habisnya kat tepi jalan ada bebudak jual beli la 3 ikat dengan pulasan sekali.
Petang ni nak fikirkan persiapan untuk ke PD esok !!!
Pagi tadi sempat la pi tengok...ada kat 20 biji bersepah jadi busuk, sempat kumpul dalam 10 biji dan jiran yang call pun kumpul dekat 8 biji..tapi dah tak elok la buahnya ..dah lama sangat. Yang peliknya buah tak hilang diambil orang...rupa-rupanya semua buah durian mangkak (mengkar)...isi keras...patut la orang tak pandang. Tapi dek dah datang dari jauh, kumpul la juga bawa balik..buat serawa (pegat kat orang sini). Rambutan pun tengah nak masak..yang dah merah pun ada tapi tinggi tak bawa galah panjang....biasanya bawa tangga 11 kaki sekali. Dapatlah kait yang dekat-dekat...habisnya kat tepi jalan ada bebudak jual beli la 3 ikat dengan pulasan sekali.
Petang ni nak fikirkan persiapan untuk ke PD esok !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

