Monday, November 2, 2009

D' Seri Malaysia - Day `1

Hari Isnin 2 Nov 2009 - ke sekolah untuk selesaikan beberapa perkara sebelum bertolak ke Port Dickson. Soalan Sivik sempat disiapkan untuk diserahkan kepada S/U Peperiksaan, sempat mendaftar 2 orang guru baru - datangnya 26.10.09 - tapi dek sebab pengurusnya tak ada disekolah - hari ini baru didaftar. Pulak tu sorang lagi baru 2 hari daftar - cuti bersalin. Maknanya tahun depan baru jumpa dia. Claim perjalanan untuk Okt pun sempat disiapkan. Pukul 2 petang baru keluar dari rumah...singgah Damansara...pukul 3.30 bergerak ke UPM...pukul 4.00 ptg baru menghala ke PD.
Dalam perjalanan kat Lukut hujan lebat, jalan penuh takungan air, kilat memancar....redah je dengan tabah. 6.30 ptg baru sampai destinasi, alhamdullillah. Dapat bilik nombor 102...tingkat bawah menghadap balai polis. Tempat letak kereta...depan pintu masuk. Malamnya sepatutnya ada slot pertama tapi dek ramai belum sampai ditangguhkan ke esok. Jadi malam ni boleh tidur awal...!

No comments:

Post a Comment