Friday, November 13, 2009

DARI ROSA KE BB RESORT

Hari Jumaat - suasana sejuk di kawasan tanah tinggi - nasib baik pagi tak hujan kalau tak tentu lagi sejuk. Masih di CH hingga tengahari ni...slot untuk KB masih on. Destinasi hari ini ke Bukit Beruntung Golf Resort - Hi -Tea KeSTAF - acara akhir tahun.Dijangkakan jam 12.00 dah boleh beredar...perlu sampai ke sana dalam jam 3.00 ptg. Rupa-rupanya sampai 12.30 tgh....makan pula lagi..dekat jam 1.00 baru nak bergerak...singgah pula kat KEA FARM beli sayur-sayuran. 16 bungkus RM10 jagung 12 tongkol pun RM10. Pecut giler lepas tu..tapi ikut jalan Simpang Pulai...membontoti lori balak. Dia pun bawa laju giler...2 kali tayar terangkat kat selekoh. Kalau terbalik sah akan tersangkut kat situ berjam-jam lagi, Ponnu cek buat aduan kat LPK..apa tah. Nasib baik sampai sat selekoh tajam lori bagi laluan untuk potong....apa jadi lepas tu kat lori tu tak tau le..selamat kot. Singgah kat R&R Tapah...masa dah dekat 3.30 ptg. Pecut lagi sampai kat BB tepat jam 4.30 ptg...member lain dah selesai makan, ada yang dah pi main bowling, ada yang layan anak-anak mandi kolam. Nasib baik makanan masih banyak - nasi briayni ada, bubur caca ada, puding ada, sate pun ada...sempat pau lagi sebelum balik.... bukan apa sebelum sampai kat situ dah dengar desas desus makanan dah habis...ramai sangat yang datang..tempat kecil. Yang ramainya anak-anak...tempat disediakan untuk mak/bapak yang ahli KeSTAF...silap perkiraanla namanya tu. Apa pun semuanya beres sudah....cuma tak ada le gambar nak diambil sebab sampai lambat. Gitu le citernya.

No comments:

Post a Comment