Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430 HIJRAH - 2009 MASEHI....
biasale hari raya pukul 8 dah bergerak ke mesjid untuk solat sunat aidil adha. Selesai dalam jam 9.30 pagi ada jamuan lepas tu di perkarangan mesjid. Mesjid ni mesjid lama dibina pada tahun 1926..pernah ditenggelami banjir besar tahun 1930an...pernah ditinggalkan tak berpenghuni untuk sekian lama...dan dipulihhara pada tahun 1993...masa tu cek la jadi pengerusinya. Tapi sejak 1995 dah lepaskan jawatan tu atas sebab-sebab tertentu. Khutbah pagi ni juga sekali lagi berjaya menitiskan air mata ...sebah khatib pun sebak membacanya. Kisah Nabi Ibrahim dan anak baginda Nabi Ismail..setiap kali dibaca masa khutbah pasti akan bergenang air mata. Elok dibuat setiap tahun macam tu. Cuma cek nak cadangkan juga dlaam khutbah raya korban diselitkan juga kafiat daging korban,..bukan yang mengorbankan tapi yang bakal menerima daging korban. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh dibuat dengan daging korban. Bukanya apa kekadang ada yang lupa dan bagi budak sekolah boleh jadi revision ...senang masa nak jawab kertas soalan Pendidikan Islam. Lepas balik dari mesjid, ada kerja korban di rumah Sdr Sohor...pi la tangok sat...lama dah tak libatkan diri ..sejak 2005 atas sebab-sebab tertentu kena lupakan aktiviti korban kat kkb..tahun ni dapat buat semula. Tahun 2009....Hari Raya hari Jumaat...keluarga belah KL janji nak kumpul kat KKB esok Sabtu 28/11/09 ...jadi tak perlula bergegas ke KL lepas solat macam selalu. Dapat le daging korban sekilo, ricik limpa,jantung,hati,kelempung dan tulang sebatang. Cukup la nak buat sup. Balik dari kerja korban, setting untuk broadcast event esok....tak dapat nak detect webcam....dah masa untuk ke mesjid lagi...solat Jumaat. Balik dari solat Jumaat, sambung lagi setting, kali ni berjaya. Sampai lewat petang kat sini......menunggu malam.

No comments:

Post a Comment