Thursday, November 12, 2009

D ROSA PASSADENA

Hari ke2...pagi ini sarapan bihun goreng ada, nasi goreng ada, mee goreng ada, fish ball goreng ada, kacang sos tin ada, coco crunch ada, fish kek goreng ada, roti ada - mentega, jem terletak atas meja - makanan dimasak ok tapi tak sesuai dengan tekak. Bukannya apa tak pedas langsung. Cili sos ada tapi tak ngam. So...terpaksa bagi cadangan pada tukang masak...letak semangkuk cili (api lagi best) kicap untuk orang-orang yang seselera dengan cek..orang Penang. Slot mula jam 10.30 pagi tapi semalam dengar cerita dah ada ura-ura nak cut short slot sebab nak shopping kat atas sini. Ntah le....banyak sangat program kursus hujung tahun sekadar nak menghabiskan duit rakyat (kerajaan bagi tapi duit kita pembayar cukai!) sebab hujung tahun kalau tak dibelanja kata tak pandai urus. Pulak dah! Malaysia Boleh! Atas permintaan peserta sesi berakhir jam 2.00 ptg selepas rehat tengah hari diabaikan. Maknanya sesi bermula 10.30 pagi dan berakhir 2.00 ptg. Hasilnya - akses ok tapi NB peserta agak terganggu...hanya 3-4 group ikut sekolah yang berjaya hasilkan blog...yang lain katanya akan buat bila balik nanti...katanya. Lepas sesi - makan tengahari - 3.00 ptg bas bawa rombongan besiar-siar. Sesi malam bermula lepas makan-makan steamboat.

No comments:

Post a Comment