Friday, October 30, 2009
30 Okt - d'rumah
Dah berada di rumah....berkejar balik kerana kena hantar ponnu cek join group nak ke PSKPP di Shah Alam. Balik sempat rehat kejap sebelum ambil anak pulang dari sekolah...jengok sat tanya pasal surat panggilan ke PD minggu depan. Jawapan mesti tak ada. SMS pada yang menguruskan ..dia kata dah faks selasa lalu dan janji nak faks semula. Selepas solat Jumaat uruskan perkara di pos opis....di kaunter zakat pastu pi mesyuarat khairat kematian. Habis mesyuarat pi balik ke sekolah cari surat...ada pun..difaks pada 29/10/09. Malam ni tidur sorang la...peluk bantal.
Thursday, October 29, 2009
Hari 4 Dynasty
Hari ini masuk hari keempat. ..ada yang dah nak balik juga malam ni...yang jauh-jauh tu... naik kapal trbang ada, naik bas ada...jadi kena ikut tiket la. Yang dekat-dekat tu pula..malam jumaat la katakan. Apa pun perjumpaan kali ini menghasilkan 2 dalam 1 - serampang 2 mata. Latiah SPS berjalan lancar, isu gpb cemerlang pun dapat diselesaikan. Tinggal lagi tindakan susulan kena segerakan. Semoga tahun depan ramai GPB dapat jadi cemerlang !!!
Hari 3 Dynasty
Semalam 28/10/09 (Rabu) agak terlalu sibuk mengisi blog GPB Malaysia sampai terlupa nak update blog sendiri. Pagi tadi ke BTP jumpa Ketua Sektor pasal GC GPB. Hasilnya agak positif. Sebelah petang latihan diteruskan sampai 5 ptg. Sempat pi Low Yat dengan geng nak cari barang tapi tak jumpa kedai. Balik dalam lift serempak dengan Abu Bakar Ellah..sempat Maghrib...terus Isya....turun makan dan masuk dewan semula untuk perbincangan tentang instrumen pemantauan dan dokuman diperlukan GPB. Selesai jam 11 mlm. Sibuk dengan kerja lain terlupa nak tengok blog sampai waktu ni.
Tuesday, October 27, 2009
Hari 2 Dynasty
Baru lepas minum pagi.Sempat bersantai dalam bilik sebelum turun ke BallRoom. Ada kata pukul 8.00 mula ada kata 8.30 mula...suka hati depa la..nak pi pukul 9.00 pun tak ada kisah. Sendiri akan miss session. Pengisian hari ini pindah jadual dari ASZ ke SPS. Sebelah petang sebelum tama sesi, tukang catat telah dihampiri seseorang dari BTP yang berhajat untuk berjumpa dengan wakil GPB. Nampaknya gerakan pertama perjuangan sudah memberi kesan. Perbincangan awal sudah menampakkan isu ini berada dalam perhatian pihak berkenaan. Esok wakil GPB akan ke Bukit Kiara untuk berjumpa dengan Ketua Sektor Pembestarian pula. Malam ni tadi bahan yang nak dibawa telah dibincang dan dipersetujui bersama. Esok baru boleh tahu yang akan berlaku.
Monday, October 26, 2009
Hari 1 Dynasty
Program pack dari pagi sampai petang. Pengisian lebih kepada menyenggara jadual waktu. Dari segi teorinya nampak senang dan mudah tapi realitinya tengok la masa jalan kat sekolah nanti. Lepas sesi latihan yang berakhir jam 5.00 petang sambung pulak sekejap dengan sesi perbincangan GPB SeMalaysia untuk memperjuangkan profesion GPB. Ada la pula tindakan proaktif yang perlu diambil sebelum rombongan berjumpa Pengarah BTP diatur sebelum hari perpisahan Jumaat ni. Petang ni letih benar. Sambil tunggu nak makan malam, update blog ni dulu. Malam ni tidur awal sikit.LETIH MENTAL BILA BERKURSUS MACAM NI!!!
Sunday, October 25, 2009
Dari Hotel Dynasty KL
Awal pagi tadi 8.30 pagi dah sampai kat asrama - katanya ada gotong royong besar-besaran - ada reporter SINAR. Tengok tak ada sapa pun....bebudak asrama adala. Terus pi sekolah - kemas bilik, staple soalan...short pula 40 set - satu kelas la tu..kena buat Jumaat petang nanti. Tengah buat kerja NYPD PIBG Sdr Rosli panggil suruh ambil gambar bagi pihak SINAR. Kena la layan...dapatla gambar-gambar ni....

Lepas tu balik dekat 2 jam uruskan hantar email kepada reporter SINAR dengan gambar sekali. Dalam pada tu sempat packing, check kereta...minyak brek pula hampir kosong...nasib baik ada simpan, air ok...semua lain ok. Bukan apa nak berjalan jauh juga..kereta tu dah lama tak bawa jalan jauh...asyik pusing-pusing KKB je...bunyi krok krik ada la sikit-sikit.
Bertolak dari rumah pukul 3.30 ptg...hantar anak kat Kg Baru...check in jam 5.15 ptg. Dapat bilik 2386...tingkat 23 blik 26.Bilik hotel ni besar juga...tapi ruang untuk meletak pakaian agak terhad...apa pun tengok sendiri..
Ini hotelnya..DYNASTY kat Jalan Ipoh KL. Ini pula dalam bilik...







Nak kat luas..luas juga la..tapi sesuai untuk 2 orang je....Jalan dari pintu masuk ke ruang tidur je luas...bilik air pun luas..Yang tak bestnya dari tingkat 23 boleh tengok bilik-bilik tingkat bawah..camni...
.Bila dah nak malam begini la pemandangan KL dari tingkat 23 ...
Buat apa kat Dynasty? Ada latihan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)last round kot sebelum penggunaannya awal tahun depan. Malam ni tak ada agenda. Esok pagi baru mula sampai petang. Stay tuned.
Ini hotelnya..DYNASTY kat Jalan Ipoh KL. Ini pula dalam bilik...







Nak kat luas..luas juga la..tapi sesuai untuk 2 orang je....Jalan dari pintu masuk ke ruang tidur je luas...bilik air pun luas..Yang tak bestnya dari tingkat 23 boleh tengok bilik-bilik tingkat bawah..camni...
.Bila dah nak malam begini la pemandangan KL dari tingkat 23 ...
Buat apa kat Dynasty? Ada latihan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)last round kot sebelum penggunaannya awal tahun depan. Malam ni tak ada agenda. Esok pagi baru mula sampai petang. Stay tuned.Saturday, October 24, 2009
Okt 24
Sabtu ....ada program lagi. Awal pagi ponnu cek dah kena pi Akademi Bomba ada program apa tah...sementara tu cek pula pi asrama. Ada majlis khatam quran, jamuan hari raya (Syawal?Deepavali? Raya Haji?) dan jamuan perpisahan 2009. Kat situ cek dapat test buat justin tv boradcasting. Nampaknya pakai broadband celcom ni berjaya juga. Dapat buktikan pada wakil PIBG fungsi aplikasi ni. Lepas ni boleh mohon beli kamera baik punya sikit...program-program akan datang boleh broadcast. Ada petanda baik....dapat kelulusan. Aktiviti bermula jam 9.00 dan habis 11.30 pg. Last sekali -makan-makan,minum-minum,cerita-cerita,klik klik (ambil gambar le).
Makanannya jangan cakap -memang tak boleh cakap-penuh mulut)- sate ada,mee sup ada, mee sup ada, basi briani gam ada, air soya ada, taufu fa ada, lemang ada, kuih muih ada, hadiah pun ada!Selesai semua - selesai siap bungkus bawa balik la tu - pukul 1.30 dah ada kat rumah bersama bekalan yang boleh tahan 3 hari 3 malam. Petang itu - taya dal wow ro !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)






