Sunday, October 25, 2009

Dari Hotel Dynasty KL

Awal pagi tadi 8.30 pagi dah sampai kat asrama - katanya ada gotong royong besar-besaran - ada reporter SINAR. Tengok tak ada sapa pun....bebudak asrama adala. Terus pi sekolah - kemas bilik, staple soalan...short pula 40 set - satu kelas la tu..kena buat Jumaat petang nanti. Tengah buat kerja NYPD PIBG Sdr Rosli panggil suruh ambil gambar bagi pihak SINAR. Kena la layan...dapatla gambar-gambar ni....

Lepas tu balik dekat 2 jam uruskan hantar email kepada reporter SINAR dengan gambar sekali. Dalam pada tu sempat packing, check kereta...minyak brek pula hampir kosong...nasib baik ada simpan, air ok...semua lain ok. Bukan apa nak berjalan jauh juga..kereta tu dah lama tak bawa jalan jauh...asyik pusing-pusing KKB je...bunyi krok krik ada la sikit-sikit.
Bertolak dari rumah pukul 3.30 ptg...hantar anak kat Kg Baru...check in jam 5.15 ptg. Dapat bilik 2386...tingkat 23 blik 26.Bilik hotel ni besar juga...tapi ruang untuk meletak pakaian agak terhad...apa pun tengok sendiri.. Ini hotelnya..DYNASTY kat Jalan Ipoh KL. Ini pula dalam bilik...Nak kat luas..luas juga la..tapi sesuai untuk 2 orang je....Jalan dari pintu masuk ke ruang tidur je luas...bilik air pun luas..Yang tak bestnya dari tingkat 23 boleh tengok bilik-bilik tingkat bawah..camni....Bila dah nak malam begini la pemandangan KL dari tingkat 23 ...Buat apa kat Dynasty? Ada latihan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)last round kot sebelum penggunaannya awal tahun depan. Malam ni tak ada agenda. Esok pagi baru mula sampai petang. Stay tuned.

No comments:

Post a Comment