Thursday, October 22, 2009

Okt 22

Khamis biasanya kerja tak terlalu mendesak...banyak tetap banyak tapi ada yang boleh ditangguh tapi hari ini...tersusun kerja yang perlu disegerakan. Awal pagi dah dapat tugasan khas yang mesti diselesaikan hari ini. dalam pada itu selaingan tetap kena buat - update blog ini, baca emai, bla bla bla. Sekarang ni tengah check beberapa NB yang baru diterima setelah dibaiki....check fizikal NB, Kad Harta Modal dan laporan pergerakan selama 5 tahun lepas. Pada masa yang sama tengah buat powerpoint presentation atas permintaan pengetua. Pukul 12.30 ada pula makan briyani gam...ada la orang belanja sebab dapat tungakan naik JUSA C...dengar khabar banyak juga...boleh beli rumah teres sebiji. Tak apa le rezeki masing-masing...rezeki kita makan free. Dalam pada itu terlupa pula minggu ni jadi guru bertugas..tapi 4 hari je..Selasa-Jumaat...lagipun kat nombor 2. Nasib baik rakan kerjanya orang rajin....3 hari ni tak dapat nak buat apa-apa sangat. Esok kot baru nak tengok buku laporannya. Sebelum balik jam 5.00 petang (ya 5.00 ptg..guru tingkatan 6 balik 3.30 ptg)..sempat pandang email dari MOE. Ada latihan SPS pula tapi suratnya tak sampai lagi. Selepas semak semula latihannya pada 1-5 Nov 2009 kat Dynasty Hotel, KL. Malam ni dari jam 8.30 tadi asyik update blog gpnsde, infobestari, dan berbalas email dengan Pn.Tan VI...baru dapat pengesahan surat tarikh dan lokasi yang sebenar. Kepala pun dah naik pening, mata pun dah naik mengantuk.....bini pun dah nak merengek !!! Malam Jumaat!!!

No comments:

Post a Comment