Sunday, October 18, 2009

PANGKOR-TELUK BATIK-SABAK BERNAM-KKB

Bertolak dari Pulau Pangkor pukul 12.45 tgh - sampai di jeti Lumut jam 1.30 tgh. Makan (lunch) singgah pula kedai borong barang laut - ala sotong kering, ikan kering, jajan kering......singgah pulak kat Teluk Batik. Lama juga kat situ. Berkesempatan berkenalan dengan manager satu tempat yang agak baru dan unik. Inilah orangnya.. Tarikan pertama ialah gambar sotong gergasi atas bumbung restoran. Dah dijemput dek managernya masuk percuma untuk tengok-tengok kawasan dia....lagi pun tak ada orang pun. Tempatnya ialah untuk snorkeling dalam kolam air masin dengan habitat marin yang sebenarnya. Ada kolam bela anak penyu... Ada kolam besar air laut dengan ikan-ikan yang jinak...Ada kids hotel dan kawasan untuk camping. Lepas tu dibawa pula ke muzium siput. Sungguh menakjubkan!!! Macam-macam jenis siput ada!!! Caj masik RM2.00 tapi dek dibawa manager...free je le. Kawasan tu dulu cek pernah sampai tapi tak ramai orang. Kedai-kedai pun tak berapa nak ada. Tapi hari ini orang dah ramai. Kedai jualan pelbagai barangan pun dah banyak dibuka. Tapi sayang minat terhadap muzium siput masih tak menggalakkan. Mungkin pihak yang menguruskan muzium tu kena fikirkan program-program untuk tarik minat orang ramai. Muzium tu bentuk rumah tradisional orang Melayu. Semua tingkap ditutup untuk keselamatan siput-siput yang unik kat dalamnya. Pintu masuk terletak di bahagian depan yang kurang dilalui orang. Sekali pandang memang macam rumah tak berpenghuni. Tukang cerita pasal siput namanya Shima....Ada juga satu objek yang unik dalam muzium ni. Biasanya batu karang tenggelam dalam air tapi yang ini .... Dah tu bergerak balik dah dekat pukul 5.30 ptg...singgah pula kat Teluk Rabiah. Tak ada apa pun kat sana....ada satu resort private property. Pusing-pusing je tengok sekejap. Dah tu sampai kat simpang hala ke Ipoh (Bidor) dah tersalah belok terus ke Sabak Bernam. Jadinya terpaksa le ikut Sungai Besar - Sungai Panjang- Tanjung Malim. Singgah makan kat kedai simpang 3. RM41.50 untuk 6 orang makan - 4 nasi goreng, 2 mihun sup, tomyam, daging masak merah & air. Tukang masaknya lelaki...masakannya ok la boleh makan...cara cakap macam orang Kelantan....pakaian tak berapa nak berselera tengok..jadi terfikirla cek sejenak..Kalau tukang masak kedai-kedai makan orang Melayu kita pakai baju kemas-kemas dengan tie, berkasut kulit berstokin, seluar tak kisah le jeans ke, slacks ka tapi kemas, rasanya naik selera makan pelanggan dan pasti ramai akan ulang datang. Kalau kedai makan tayang pompuan seksi pun orang ramai datang, takkan orang lelaki macho & kemas tak boleh tarik perhatian pelanggan. Apa pun jangkaan sampai rumah dalam jam 9 mlm. Memang tetap sekali, alhamdullillah semuanya selamat balik ke destinasi. Sebelum tidur update blog dulu.





Lagi cerita menyusul .....

No comments:

Post a Comment