Tuesday, October 20, 2009

Okt 20

Maka bermulalah hari-hari biasa selepas cuti beberapa hari. Semalam lagi sudah ada permintaan untuk siapkan satu projek sebelum Jumaat oleh pengetua. Hari ini kena siapkan dua tiga bahan sebelum mesyuarat esok. Kertas soalan Sivik untuk akhir tahun pun belum sedia lagi. Soalan dah ada...cuma belum direso. Jadual pun belum terima sebab minggu lepas tak ada di sekolah. Sekejap lagi 8.50 dah nak masuk kelas...ada pula relif lepas tu sampai So...tengok lah macam mana semuanya boleh beres ke tidak. Baru nak rasa lapang sekejap, tetiba datang Izuan dari BTP dengan pekerja syarikat nak pasang ganti switch yang dah lama tak dengar khabar berita. Dari jam 12.30tgh sistem shut down...tunggu dan tengok depa kerja sampai jam 5.15 ptg baru selesai. Yang baiknya susunan cable kat dalam cabinet lebih kemas dan akses pun lancar semacam je. Tengok la pulak esok macam mana.

No comments:

Post a Comment