Friday, October 23, 2009

Okt 23

Terlalu sibuk hari ni. Banyak kejutan yang tak diduga. Tugasan yang diterima semalam masih belum selesai. Baru dapat bahan maka perlu siapkan selewat petang hari ini. Dalam pada itu selesaikan urusan dengan syarikat yang membuat kerja baikpulih peralatan ICT, bayaran kena settle sebelum 30 Okt. Minggu depan 25-30 Okt dah kena pi latihan SPS lagi...kat Dynasty KL. Dapat relif lagi....masuk kelas 1D untuk ganti uztazah. Isi masa bincang pasal rukun solat, solat jumaat dan buka cerita telur kambing dan telur unta. Suka je bebudak tu. Thurai nak tau cite ni ke? Nanti jumpa kat mana-mana..boleh diciterkan. Soalan Sivik akhir tahun belum dicetak...kena settle sebelum pergi ahad ni. Lepas Jumaat semua selesai juga akhirnya. Soalan siap direso..esok kena stapler dan paketkan. Bahan perancangan strategik pun dah siap...dengan ppt show untuk pengetua. Balik hari ini jam 6.00 ptg. Bilik masih bersepah...esok kena pi kemaskan.Seminggu tak ada kat sekolah, kalau ada yang datang melawat dan masuk blik server...besar kemaluan cek!!! So malam ni santai-santai...tengok AXN movie je kot.

No comments:

Post a Comment