Thursday, October 8, 2009

Okt 8 -PMR Day 2

Hari kedua...pagi sampai petang. Pagi 3 paper dalam 5 jam dari 8.oo pagi hingga 1 tgh. English paper 1& 2 followed by Science Paper 1. Petang Science Paper 2 sampai 4 ptg. Ada dua perkara yang boleh dikongsi bersama. Insiden pertama pernah terjadi tahun lepas. Seorang calon dari kelas belankang dikatakan minta "kertas". Maka bergegasla pengawas ke almari untuk mendapatkan kertas tambahan. Terfikir juga kami yang menjaga kelas yang agak baik..calon-calonnya tak minta pun kertas. Sebenarnya calon itu hendak ke tandas...kertas..tandas ?!?
Perkara kedua yang mungkin boleh diambil iktibar oleh guru (ustaz/ustazah). Semasa melihat calon-calon Islam kita yang terhenti menjawab sebab otak jem...mereka sekadar melihat kertas soalan dengan mata terkebil-kebil. Sempat juga cek bisik kepada seorang dua (bukan kat telinga...sekadar cakap perlahan - bisik la tu) cuba selawat dan tenangkan fikiran. Bila cek pusing semula ke tempat dia..soalan tadi dah dapat dia jawab.

No comments:

Post a Comment