Friday, October 9, 2009

Okt 9 - PMR 3 - sujud kaki gantung

Hari Jumaat - hari ke3 PMR...1 subjek je..geografi - 1.15jam ..habis pukul 9.30. Tak banyak kisah hari ni. Jam 10 dah ada kat rumah. Fill up claim form - selesai baru boleh update blog ni. Satu perkara yang boleh diambil iktibar...masalah pelajar suka pakai baju ke luar...alasan zip / butang rosak macam kawan kita ni........ - mungkin guru disiplin boleh ambil kira sebagai alert points - buatlah tindakan susulan yang sewajarnya - bukan ramai tapi sorang dua - pun gitu boleh jadi barah. Petang semalam pun ada kes macam ni. Pelajar lelaki kata zip rosak. Pelajar pompuan mengejek...pelajar lelaki mengacah "Nak tengok". pelajar pompuan jawab 'boleh juga' ..pelajar lelaki terkedu ! Noktah.
Hari Jumaat - kena pi solat jumaat la kan. Ada satu isu yang dah lama bermain di kepala cek. Hari ni cek nampak lagi dan ada peluang nak ceritakan. Dulu ada sorang yang cek kenal bila sujud masa solat kaki dia tak pacak...rukun sujud kurang difahami gamaknya. Hari ni cek terlihat seseorang pula yang buat benda yang sama. Umur kedua-duanya dah separuh abad...tapi sayang solat mereka yang cukup sifat. Terima tak terima Allah punya hak. Tapi sebagai insan yang perlu mencari ilmu bagi meyempurnakan amal ibadat, cek rasa kesian juga tapi macam mana cek nak tegur. Jadi melalui ruangan ini kalau lah depa tu terbaca...atau sesiapa saja la yang suka buat macam tu...harap dapat betulkan yang kurang betul...harap cek pun cakap ni betul juga la kot..Ustaz Badri boleh bagi betul! Rukun sujud - tapak tangan dirapatkan, hujung kaki dipacak ke lantai, dahi kena tempat sujud(sebab tu disuruh pakai kopiah/songkok supaya rambut tak halang anggota sujud - tak perlu juga diselak rambut dengan tangan setiap kali nak sujud - takut terlebih pula pergerakan dalam solat). Kiranya ilmu yang disampaikan orang dulu-dulu sudah cukup sempurna kalau dipatuhi...apa pun kalau dipelajari dan diamali. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka...amin.
Petang ni 3 ptg ada open house MDUS. Balik dari sekolah gi ambik ponnu cek, boleh la singgah kot. Lepas tu nak tumpu pulak kepada bahan untuk LDAP esok. Kalau ada mood siap le..kalau tak...

No comments:

Post a Comment