Monday, November 30, 2009
Nov 30
Hari Isnin...tak buat apa kat rumah pi la jengok kat sekolah. Hari ini siap buatkan pelan sekolah dengan rebranding kelas-kelas yang ada. Banyak perubahan dibuat, dijangkakan bangunan baru boleh siap sebelum Januari 2010. Ada kelas dah tukar jadi koperasi, bilik MKP, bengkel daha jadi makmal bahasa, galeria, perubahan kolasi kelas pun banyak juga. Jadinya banyak juga la nak kena tukar kat SPS nanti. Tapi tak lama kat sekolah.,,pukul 2.30 dah balik..makan tengah hari terus sambung sikit kali buat pelan terperinci...sampai waktu TIDUR.
Sunday, November 29, 2009
Nov 29
Hari ini rasanya macam boleh relax sikit, kot. Tapi ntah la terlalu awal untuk dibicarakan. Hari ini ada sekor lagi lembu korban...nak pi ke tak nak pi. Itulah persoalannya. Rasa macam nak pi kebun sebelah rumah...nak exercise sikit...nak pi ke tak kan pi...itulah lagi persoalannya. Petang ni ada pasar malam,,,,nak kena pi ka tak payah pi....persoalan lagi. Akhirnya ....korban pi, kebun tak pi, pasar malam pun tak pi. Balik dari mesjid 11.30 pagi.....lepas makan santai-santai sampai malam....santai-santai di sini maknanya browse internet...gitu la adanya.
Saturday, November 28, 2009
Nov 28
Sehari lagi ada kerja korban di mesjid. 2 ekor...dari jam 9 sampai 10.30 settle. Bersiap sedia pula untuk majlis tahlil di rumah ,,,semua famliy kl turun kkb...jemput beberapa orang ahli mesjid...mula 12.00 tgh. Dari KL semua yang ada di Malaysia datang...yang tinggla jauh di perantauan dapat tengok broadcast kat justintv....broadcating succesful...penerimaan kat site penonton tak tahu le pulak. Majlis selesai 3.30 ptg....terasa la penatnya...lepas ni nak TIDUR!!! lagi...all in the family ..the gents only....
Friday, November 27, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430 HIJRAH - 2009 MASEHI....
biasale hari raya pukul 8 dah bergerak ke mesjid untuk solat sunat aidil adha. Selesai dalam jam 9.30 pagi ada jamuan lepas tu di perkarangan mesjid. Mesjid ni mesjid lama dibina pada tahun 1926..pernah ditenggelami banjir besar tahun 1930an...pernah ditinggalkan tak berpenghuni untuk sekian lama...dan dipulihhara pada tahun 1993...masa tu cek la jadi pengerusinya. Tapi sejak 1995 dah lepaskan jawatan tu atas sebab-sebab tertentu. Khutbah pagi ni juga sekali lagi berjaya menitiskan air mata ...sebah khatib pun sebak membacanya. Kisah Nabi Ibrahim dan anak baginda Nabi Ismail..setiap kali dibaca masa khutbah pasti akan bergenang air mata. Elok dibuat setiap tahun macam tu. Cuma cek nak cadangkan juga dlaam khutbah raya korban diselitkan juga kafiat daging korban,..bukan yang mengorbankan tapi yang bakal menerima daging korban. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh dibuat dengan daging korban. Bukanya apa kekadang ada yang lupa dan bagi budak sekolah boleh jadi revision ...senang masa nak jawab kertas soalan Pendidikan Islam. Lepas balik dari mesjid, ada kerja korban di rumah Sdr Sohor...pi la tangok sat...lama dah tak libatkan diri ..sejak 2005 atas sebab-sebab tertentu kena lupakan aktiviti korban kat kkb..tahun ni dapat buat semula. Tahun 2009....Hari Raya hari Jumaat...keluarga belah KL janji nak kumpul kat KKB esok Sabtu 28/11/09 ...jadi tak perlula bergegas ke KL lepas solat macam selalu. Dapat le daging korban sekilo, ricik limpa,jantung,hati,kelempung dan tulang sebatang. Cukup la nak buat sup. Balik dari kerja korban, setting untuk broadcast event esok....tak dapat nak detect webcam....dah masa untuk ke mesjid lagi...solat Jumaat. Balik dari solat Jumaat, sambung lagi setting, kali ni berjaya. Sampai lewat petang kat sini......menunggu malam.

Thursday, November 26, 2009
Nov 25
Esok raya haji...hari ini belum raya lagi. Dari pagi berada di kebun..bukan kat sebelah rumah tu tapi di Gesir sana. Buat apa lagi..ambil buah rambutan le. Dah terlalu masak dah dekat nak rosak dah buahnya. Tu pun tak ada kudrat nak turunkan semuanya. Dapat le dalam 2 bakul. Ada pula yang offer buah cempedak - sebiji RM2.00 mana nak dapat ..so borong semua 8 biji..tapi dia minta RM12.00 saja..mana nak dapat. Dah tu makan free lagi sebiji...bukan bijinya tapi buah..sebuah? Balik tengahari singgah pula kar rumah Sarina, Penyelia Asrama, ambil buah durian pulak. Dekat 20 biji...RM20 je..mana nak dapat? Tak niat pun nak jual cuma upah orang kutip kat kebun dia. Petangnya kat rumah je le...ni mata tengah ngantuk....lepas makan cempedak 23 ulas (1/2biji,) makan lemang 3 potong, rambutan13 biji , durian 3 ulas - ...pekena pula nasi walaupun tak sampai 3 pinggan...semua ada 3.. sunah tu...tak jadi penyakit kot gitu harapnya.
Wednesday, November 25, 2009
Nov 25
Rabu....tak ada banyak kisah nak disampaikan. Pagi ke pasar ...balik pasar kena sidai kain ...sempat online kejap sebelum ke sekolah. Tengah buat projek FAIL MEJA GPB dengan MANUAL KERJA GPB...tapi ada satu lagi yang belum siap...senarai lengkap peralatan ICT dari tahun 2000 sampai 2009. Tadi ada kurier hantar 2 set PC HP...katanya untuk asrama. Terima je sebab syarikat pembekal akan buat pemasangan kemudian. Cukup time ..5 ptg balik ke rumah....online lagi sampai malam. Gitu la sehari dalam hidupku.
Tuesday, November 24, 2009
Nov 24
Hari ke 4 SPM - subjek Pendidikan Islam & Moral sebelah pagi dan PI 2 sebelah petang. Hari ini 3 orang calon sakin mata...2 pakai spek hitam...jadi untuk langkah keselamatan Pengawas pun pakai spek hitam juga la. Seperti biasa tak ramai yang tunggu sampai habis waktu 2 - 21/2 jam...ramai keluar awal. Petang elesai 3.50 ptg..ke sekolah pula settlekan seperkara dua- ada nak pinjam NB untuk buat jadual waktu....cukup masa untuk itu je..dah jam 5 ptg..opis nak tutup. Cek pun balik...untuk sambung keraj kat rumah sambil santai2 je.
Subscribe to:
Posts (Atom)