Saturday, October 2, 2010

Okt 2

Sabtu - yang dirancang tak jadi, yang dibatal jadi pergi. Hari ini banyak program undangan .. dari kl..kkb sampai ke Penang. Di KL sedara sebelah ongumah, di KKB rakan sekerja, di Penang sedara dekat sangat. Pilihan utama ialah ke Penang.. dah bersiap sedia pun..beg dah masuk kereta tetiba ada tanda2 kebocoran pada bekas tangki spare radiator. Minggu lepas dah melayang 50 tampal dengan gam kuat...hari ini dah bocor semula. Memang nak ganti pun tapi minggu lepas pack sangat tak sempat nak bawa pi tukar. Habisnya jam dah 10 pagi, spare part masih dlm perjalanan dari Rawang. Ke Penang dibatalkan. Sementara tunggu tu pi dulu kat aktiviti di asrama - solat hajar, khatam quran dan jamuan raya. Sempat la sampai waktu makan.. tengok ja apa-apa yang patut, klik sana klik sini..pergi pula ke bengkel untuk tukar benda yang rosak. Panggilan di Damansara, KL program aqiqah cucu sedara... ongumah tak bagi respond pun nak pergi ke idak. Dah nak masuk waktu zohor.. petang ni ada pluang nak tidur sekejap kot... ada banyak perkara nak disettelkan hal JKKK - kertas kerja lawatan, panggil mesy khas raya dll. Dapat la lelapkan mata.. bukan sat tapi dekat 3 jam. Bangun 5.30..lepas asar ke kebun kejap ..masuk jam 7 ..dah maghrib...pekena 4 keping capati buatan sendiri (ongumah buat le)..ke masjid untuk Isyak..lupa pulak ada kuliah maghrib hari ni. Lepas solat ke rumah SU makan bersama ustaz. Ada dua jemputan lain tak sempat nak ikut serta - kenduri tahlil dan jamuan raya. Balik dah 10 lebih..selesaikan surat2 projek MAHAP.. boleh poskan isnin nanti. Masuk tidur 12 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment