Wednesday, October 27, 2010

Okt 27

Rabu - Hari ini ada satu relif kat Ting 6 = bangunan baru .tapi pukul 10.30 nanti. Dari awal pagi kat dalam bilik je. Hari ni selesai urusan penyediaan kertas soalan akhir tahun..dibantu pelajar untuk staplekan.. dah diserahkan kepada JK Peperiksan. Perancangan Strategik Asrama pun dah selesai.. menunggu lagi untuk diselesaikan beberapa kerja melibatkan JKKK & Masjid. Khamis nak mesyuarat.. ada borang2 nak disediakan... nak buat fail rujukan tak bawa.. Sambil tu layan FB sebab pertukaran tarikh jamuan akhir asrama tunda 14hb. Mata mengantuk lagi...ada yang kurang dalam badan ni.. susu kambing dah minum.. pil vitamin dah ambil...tidur tak cukup kot.Semalam pukul 12..bangun 5.15pagi. Gamaknya le kan. Time masuk relif..cari kelas tak jumpa, jumpa mihun sup kat bilik guru blok ting 6 tu..pekena 1 mangkuk. Gi kelas dah ada gurunya. Balik ke bilik sementara nak masuk kelas sendiri. Habis sekolah ingat nak balik awal... pukul 4 baru dapat keluar. Zohor kat surau sekolah..sampai rumah dah masuk asar. Nak menghadap NB pun tak larat..baring jap pukul 6.. bangun dah siap ke masjid sampai Isyak. Bincang sikit pasal mesy esok dengan SU & Bendahari. Balik dah pukul 10 mlm. Masuk tidur 11 lebih juga.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment