Tuesday, November 2, 2010

2 Nov

Selasa - petang ni ada app dgn doktor pakar.. pagi ni kat sekolah lagi buat kerja mcm biasa. Masuk kelas pun macam biasa.. kelaur kelas je luar biasa sikit..sbb belum waktunya dah ada guru lain nak masuk - relif kot. Lepas tu ada jemputan makan2..awal pagi tadi dah pekena 4 keping roti bakar..pukul 9 makan pulak roti jala & nasi dagang kat pantry pejabat..pukul 11.00 tgh sedap lelapkan mata, ada yang jemput makan lagi kat makmal sains... rojak ada, nasi dangang ada, bihun ada, kek ada, agar2 ada, muffin ada,roti jala pun ada. Makan bihun sikit & rojak buah sikit...kek sikit..muffin 3 biji (kecik je). Menjelang pukul 12.30 ongumah minta bawa bebudak cedera main roket (bukan bunga api sambut deepavali) buatan sendiri ..praktis nak masuk pertandingan kot. Pukul 12.45 baru dapat bergerak ke Hosp Sg Buloh.. singgah solat kat Toll.. pukul 2.10 baru berada dalam kawasan hospital. Daftar, tunggu ..3.lebih baru doktor panggil. Spray hidung dan tekak bagi kembang sebab nak masukkan kamera. Dapat la tengok peti suara sendiri dan nampaknya peti suara ni tak mau kerja dengan betul... ada ketikanya dibagi lapisan pelindungnya bergerak..bukan nak bagi suara sedap tapi terus ditutup..tu yang suara putus2..sekejap ada sekejap tak ada. Tak ada ubat cuma disuruh hadiri sesi terapi.. belajar nak bercakap dengan betul. Hidup dah 55 tahun..nak kena belajar bercakap semula. App 29 Disember... next app dgn doktor bulan februari lepas cuti raya cina. Selesai urusan pukul 4...pukul 5 dah sampai ke kkb. Balik lepas asar lepak2 tengok tv..sampai nak masuk maghrib..ke masjid malam ni ada kelas tajwid..lepas isyak pun balik dah pukul 10..tengok tv gak sampai 11 mlm..masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment