Monday, November 8, 2010

Nov 8

Isnin - melapor dari Pulau Pinang. Perjalanan semalam sampai di Masjid Negeri pukul 5pagi. Lepas solat subuh pergi cari kedai makan sampai ke Batu Uban.. Pelita Rest. sebab lepas tu terus Museum Perang di Batu Maung. Habis masa dekat 2-3 jam. Pukul 11.30 dah ada kat Kek Lok Si Temple. Dapat juga beg kepit yang dicari dengan harga kurang drp RM10.. dan 2 helai baju aircond utk ongumah. Pukul 12.30 cari kedai makan lagi..kali ni singgah kat Nasi Kandar Subaidah di Tanjung Bungah.. dekat dengan apertment TM Resort yang disewa untuk mlm ni. Apartment 2 bilik (blk air dlm) dan ruang tamu.. ada gelas, ada cawan, ada cerek letrik tapi tak ada teh atua kopi. Ni baru lepas segarkan diri dan solat sementara menunggu nak keluar semula jalan2 sampai malam. Apartment TM ada kolam renang, tepi pantai... sesuai untuk keluarga bersantai. Buat masa ini ada keluarga India tengah mandi kolam..mesti kakitangan TM kot. Pukul 4.30 lebih baru bas bergerak ke Marina View ... tempat kapal mewah berlabuh.. tapi kapal tu yang agak kontraversi sikit sbb bawa penumpang ke tengah laut antarabangsa untuk buat maksiat.Tapi dek sebab terlambat sampai...lepak2 je kat padang kota lama sementara cari makan malam kat situ. Kebetulan ada temujanji dengan Hamdi (X-sm3kbian) dan Chee Hock Teik (x-georgetown) yang tidak jumpa lebih 30 tahun. Hamdi sampai untuk sembang sekejap sementara menunggu isteri balik dari kerja seberang feri... Hock Teik sampai dan makan2, sembang sebelum dijoin oleh sorang lagi kelasmate Eng Kee ka apa. Ada ramai yang yang dapat dihubungi tapi belum dapat duduk semeja untuk buka cerita lama. Balik ke apartment dah pukul 9 lebih. Hamdi kata nak datang lagi malam nanti.. tapi dek kerana hujan gamaknya.. atau pun letih dah la kot baru balik kerja..sampai 11 lebih dia tak sampai. Member seblik dah mengadu lapar. Bawala depa berjalan ke kedai makan mamak kat simpang.. berjalan nak dekat 1km..kedai tu tutup...pusing balik ke resort..rest kat resort pula dah tutup. Ada staf kat banyak gerai makan kat sebelah lain ..jalan lagi cari tapi tak jumpa. Sambil duduk2 lepak cari jalan nak cari makan, terpaksa le ana buka mulut tegur sorang staf yang dioff tugas untuk minta tolong hantar ke mana-mana gerai makan. Bersedia pulak dia sbb katanya dah biasa dengan keadaan macam ni. Bila buka cerita dia sebenarnya suami kepada x-smkbian - Salasiah Raja Najamuddin - budak Bukit Frasers. Jadi panjang la lagi cerita sampai melalut ke pukul 12. Balik ke bilik ..geng satu lagi (driver bas) dah tidur diselaknya pintu masuk. Dekat 15-20 minit cuba nak gerakkan..akhirnya dapat masuk. Sementara tu dah pecah ngantuk..sembang2 lagi sikit sebelum masuk tidur 1.30 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment