http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Tuesday, January 31, 2012
Jan 31
Selasa - hujan lebat sejak awal pagi seblum subuh... dlm 5 pagi tadi. Masih renyai2 jadi tak ada perhimpunan pagi... yang ada kerja bertindih... ni awal pagi dah nak set lcd untuk ceramah kesihatan... kerja menaip dokumen ada 2-3 nak guna mlm ni... kelas ada 2...relif belum sampai.. perut rasa lapar.. nak terkuncit pun ada.. come what may!!! Dari pagi ke nak balik attend kat betulkan network. Ada PC kat pejabat tak boleh akses.. tiada koneksen.. port2 semua ok, switch ok last2 NIC faulty. Lega dah bab tu... bab YES ZOOM belum puas hati lagi. Masuk kelas 10.30... keluar kelas masuk relif 11.10. Cari makan kat patry ada bihun sebungkus...pekena sebelum masuk kelas akhir 1.10... tak ada apa lepas tu jadi boleh balik terus. Beredar dah 2.30.. .singgah kat pekan update buku bank.. singgah beli pisang tunggu <15 minit. Janji dengan Ketua unit nak lawat kebun kat Sg Jang... sampai rumah dah 3 lebih..sempat kemasdiri & solat zohor. Keluar semula ke rumah KU... beredar ke kebun 3.45 Dalam perjalanan dpt bincang pasal lawatan ke Indonesia.. siapkan draft dokumen2... sampai kebun pukul 4 lebih.. tak lama pun kat sana snap 4-5 keping gambar, balik sebelum azan asar. Sebelum 5 ptg dah ada di rumah... lepas asar menghadap buku akaun .. dah dapat kesan selisih RM5... masih miss 20sen. Penat mata rehat sekejap terlelap atas kursandar... anak 4 balik dari UPM. Seblum maghrib cari lagi 20 sen... lepas maghrib cari lagi.. belum jumpa sampai solat isyak. Lepas tu dah keluar lagi ke mesyuarat PASCAP.... biasa la panggil 9 mlm .. sempat buat kerja lain dulu..lepas 9.30 baru nak muncul. Ingat boleh selesai cepat seblum 10.30 mlm tapi lalut sampai hampir 12 tghmlm. Aduih... dah mula nak tidur lewat ni.....masuk tidur 12.40 pagi.
Monday, January 30, 2012
Jan 30
Isnin - sekolah semula... perhimpunan pagi... nak kena check internet akses dah lama org pejabat komplen... come what may!!! Tengah perhimpunan ongumah dpt surat kena pi mesy di PKG Kalumpang.. nak kena balik awal la tu. Kelas pagi ni tak ada tapi ada relif pukul 11.50. Habis separuh hari uruskan pemasangan dan testing YES Zoom ni... set NB guru, test jarak capaian. Lepas keluar kelas masih nak test .. gi solat zohor dulu.. dah diajak PK. Godek sat tangki air melimpah2.. nak kena beli baru stopper... kalau teringat la. Urusan ongumah anak 2 hantarkan kek Kalumpang.. pukul 2.30 dia mai ambik kat sekolah. Singgah kedai dulu beli beras...susu. Dah 3 lebih... tak masuk rumah keluar semula ambil minyak kereta terus ke kalumpang. Singgah gerai bawah pokok kat kalumpang pekena laksa & cendol... bungkus lagi 3-4 bungkus. Ngam2 sampai kat PKG mesy dah selesai.. jadi tak tunggu lama sgt la. Balik sampai 5 ptg... baca Anak Apak sementara nak keluar semula ke rumah bendahari pukul 5.30. Settle akaun JATIKAP... balik dah 6.30 ptg. Lepas asar baca lagi AA sampai masuk maghrib... sambung isyak. Lepas menghadap akaun UPK yang hampir selesai tapi last2 selisih RM5.12. Jam dah masuk 11 mlm... terpaksa tangguhkan dulu..dan masuk tidur.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Sunday, January 29, 2012
Jan 29
Ahad - hari ni pun ada jemputan kenduri - di Shah Alam. Smlm terima SMS dari YDP PIBG ajak ke seminar di UM.. dah planning dua minggu lepas tapi terlupa... last2 minit baru ingatkan.. dah ada planning lain. Tu pun ada ijtimak kat Selisek pun tak dpt nak pergi. Ada la lepas kenduri tu nak singgah cari kedai buku la apa la... lain2 benda nak fikirkan.. ambil gambar kebun UPK.. buat laporan sblum mesy agung, bincang program lawatan dgn Ketua Unit, mesy PASCAP selesa ni, edar notis mesy jkkk jumaat ni, nak settle akaun dgn bendahari, nak siapkan odit akaun upkkkb.... come what may!!! Sementara tunggu ongumah balik dari sekolah bagi makan ikan, dpt juga buat sikit akaun upk ni. Keluar dari rumah pukul 10.30 pagi. Terus je tuju ke Seksyen 17 Shah Alam.. tumah kenduri kawin. Lalu seksyen 16 ternampak Karnival Karangkraf.. nanti balik nak singgah. Sampai di rumah pengantin lepas 12.30... tinggalkan rumah pengantin 1.30 (kawan2 lama ongumah bertemu... panjang la citernya kot). On the way nak singgah seksyen 16... masuk simpang tu simpang ni terus sampai ke Klang. Pusing balik ikut highway dari Bukit Raja masuk semula ke Shah Alam. Nak singgah kompleks PKNS nak cari buku anak 5. Pusing lagi 3-4 kali nak cari lorong masuk parking kereta. Last2 dpt juga parking depan kedai buku Marwalis. Belanja RM244 - beli 2 buku baiki solat, 1 Quran dgn terjemahan & Memoir Subky LAtif- Anak APak. Buku anak biologi & math & stpm geog. Yang di cari buku teks tak ada. Beredar dari situ dah 3.30.. terus ke Damansara rumah kakak ipar. Lepas solat zohor sembang punya sembang dah masuk asar. Lepas solat asar baru keluar dari rumah.. sampai KKB dekat 6 ptg. Baca Anak Apak sampai masuk maghrib... lepas isyak... lepas tu update blog sambil baca lagi AA. Jeling2 je tengok AJL... masuk tidur 11.40 mlm
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Saturday, January 28, 2012
Jan 28
Sabtu - hah hari ni makan tengah hari di Rembau - jemputan kenduri kahwin adik beras (disebut bear ras) ... mlm kenduri sambut menantu di Tmn Ampang Indah - anak mantan pengerusi MAHAP.. jangkanya pukul 9 pagi nak keluar.. come what may!!! Lepas urusan update kat sini... kado hajat apa patut.. maka keluarla dari rumah jam 9.15. Bagi anak 2 bawa ingatkan boleh mula kerja odit akaun upkkkb. Baru nak sampai simpang dia kata sakit perut.. singgah kat sekolah ongumah bagi ikan makan..balik pulak ke rumah.. kena la pandu sendiri nampaknya. Singgah isi minyak kat petronas RnR Seremban selatan.Keluar tol pedas-linggi beli buah dukong RM8sekilo(sk).. limau kupas 3 bungkus RM10... jambu air 2 biji RM1 sebiji... tula nilai buah tempatan sekarang. Sampai kat Rembau 12.30.. pengantin pun baru sampai.. kira makan bersama pengantin lakan. Beredar dari situ lepas 1.30 .. singgah RnR Seremban utara jamak zohor-asar... terus ke hospital binatang di Jln Ipoh. Dah masuk seminggu kucing kena gelek kereta masuk wad. Mula2 kata nak pi ziarah auntie di Kramat... dek kucing dah dicaj terus balik je. Sampai rumah 6.30 ptg... lelapkan mata rasa penat sgt sampai masuk maghrib. Dah tu ke masjid untuk isyak.. sempat baca sebaris ayat dlm kelas tajwid. Lepas isyak ke rumah kenduri di TAI.. ada kambing golek, ada satay, nasi, bubur, rojak - pekena kambing & roti& sup cendawan, rojak semangkuk dan bubur pulut itam semangkok. Dah kenyang angkat kaki la.. sampai rumah 10 mlm. Buat semakan awal akaun upk..selesai bab tu.. tengok tv sekejap sebelum masuk tidur lepas 12mlm.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Friday, January 27, 2012
Jan 27
Jumaat - sambil dan lepas subuh tadi dpt kemas2 kertas bersepah dlm bilik kerja kat rumah. Ni bergegas pula masuk kat sini sbelum 9 pagi,, nak ke sekolah ada makan2 ikan bakar... org pejabat nak raikan apa ntah. Paper work dah sedia utk odit check kot. Lepas Jumaat ada mesy UPK .. mlm ni ada mesy upu di hulu bernam.. pergi ka tak ..come what may!!! Selesai update lepas subuh tadi pukul 9 lebih baru keluar ke sekolah... bakar2 dan makan2 ikan... sekali bagi makan ikan. Balik 12.30.. siap2 ke masjid untuk solat jumaat. Lepas solat jumaat sempat baring lelapkan mata 15 minit.. keluar lagi ke mesyuarat UPK. JK buat keputusan nak lawat Padang-Bukit tinggi bulan Mac nanti.. dah dilantik jadi setiausaha pelancongan. Elok sgt la mmg tgh merancang nak buat lawatan untuk KeStaf masa cuti2 sekolah ni.. boleh la dapat kontek2 dr Ketua Unit - mmg banyak kontek kat Indonesia diani. Selesai mesy 4 lebih sbelum 5... balik lalu dpn masjid terserempak dgn SU dan Bendahari.. citer pasal projek nak tukar bumbung... dtg pula 2 pesara join sekali,..citer pulak pasal RM500 BN.. melalut sampai 6.30 baru sampai rumah. Lepas asar prepare dokumen lawatan .. estimate kos RM700 sorang=2 juta rupiah -tiket pergi balik RM330 (1 juta rupiah), urusan tranport KKB-LCCT-KKB, penginapan & transport di sana= RM330, basi RM40. Kira murah la kalau bagi agen caj RM1300 = Untung masuk poket 600x40=24 000 tolak free 2 seat masih masuk 20K... biar betul boleh buat business pelancongan lepas pencen ni. Lepas maghrib ke masjid untuk Isyak.. balik baca berita sana sini... tengok HULK kat TV3.. masuk tidur 12 lebih.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Thursday, January 26, 2012
Jan 26
Khamis - masih berccuti.. tapi cuti ni berganti.. 11 feb sabtu nanti sekolah la..masa tu orang lain bercuti. Ni ada app dgn doktor di hosp kkb.. rasanya lepas tu nak ke pasar nak bincang ..semalam tak dpt nak pi walau pun ada di pasar. Dah kena pi bagi makan ikan pulak kat sekolah.. kat blk seni... come what may!!!Pukul 8 lebih ke hospital. Lama juga kat situ - hampir 4 jam.. tunggu ambil nombor habis baca paper muka ke muka. Tunggu jumpa doktor habis baca artikal pulak. Kad kesihatan lambat masuk ke bilik pemeriksaan. Jururawat bertugas pun sorang je... masih mood cuti kot.. ada pulak yang bersalin katanya. Jumpa doktor sat je.. pukul 11.30 selesai. Ke sekolah terus.. makan2, sembang2 lalut sampai 2 ptg. Dalam tu tengok2 akses internet problem katanya 2-3 hari lepas. Balik lepas 2 ptg... solat zohor - ketua kampung minta balas surat diterima drp UPSI... terus siapkan notis mesy JKKK untuk edaran. Lepas Asar ke kebun sekejap.. sekejap pun sampai masuk waktu maghrib... bukan buat apa pun main api je bakar2 duan kayu.Lepas maghrib ke masjid isyak.. balik baca berita.. update blog...sampai masuk tidur 11 lebih. Minum kopi makan kek...tapi kek tak brapa nak kembang.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Wednesday, January 25, 2012
Jan 25
Rabu - pejabat kerajaan dah mula kerja hari... ada sekolah pun dah buka hari ni..tapi smkkkb masih cuti sampai ahad ni... ikut planning nak pi renew paspot... nak singgah pasar nak bincang pasal tubuh jk pemantau projek hulu selangor... nak kena pi kl ka..come what may!!! keluar dari rumah 9 lebih.. mula2 ke klinik haiwan.. kucing punya hal lagi.. ada sekor kurap lagi sekor kena injek kot. Singgah sekolah ongumah bagi makan ikan. Singgah pasar nak beli ikan ikan tak ada. Ada org melayu jual ikan tak elok. Nak singgah imigresen orang ramai sgt. Terus balik je. Menghadap nb tengok clip2 video belajar wing chun (kungfu dibawa Bruce Lee). Dah tu ada bekas pelajar buat kerja paip .. baiki paip bocor dan tangki ada lubang. Selesai kerja sebelum masuk zohor. Lepas zohor baring2 bawah kipas terlelap sampai 5 ptg. Kakak ipar dan anak buah dari KL nak singgah ..perjalanan balik dari Kelantan. Lepas asar keluar cari barang dapur... cari karipap frozen kat TDBB.. belanja dekat 70 hinggit..baiki paip beli barang 25+50 upah... total 150hing. Depa sampai seblum 6 ptg... makan sembang..terus perjalanan lepas maghrib. Sambung lagi tengok clip wing chun sampai lesson 40... masuk tidur pukul 11 mlm.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Subscribe to:
Posts (Atom)

