Thursday, January 26, 2012

Jan 26

Khamis - masih berccuti.. tapi cuti ni berganti.. 11 feb sabtu nanti sekolah la..masa tu orang lain bercuti. Ni ada app dgn doktor di hosp kkb.. rasanya lepas tu nak ke pasar nak bincang ..semalam tak dpt nak pi walau pun ada di pasar. Dah kena pi bagi makan ikan pulak kat sekolah.. kat blk seni... come what may!!!Pukul 8 lebih ke hospital. Lama juga kat situ - hampir 4 jam.. tunggu ambil nombor habis baca paper muka ke muka. Tunggu jumpa doktor habis baca artikal pulak. Kad kesihatan lambat masuk ke bilik pemeriksaan. Jururawat bertugas pun sorang je... masih mood cuti kot.. ada pulak yang bersalin katanya. Jumpa doktor sat je.. pukul 11.30 selesai. Ke sekolah terus.. makan2, sembang2 lalut sampai 2 ptg. Dalam tu tengok2 akses internet problem katanya 2-3 hari lepas. Balik lepas 2 ptg... solat zohor - ketua kampung minta balas surat diterima drp UPSI... terus siapkan notis mesy JKKK untuk edaran. Lepas Asar ke kebun sekejap.. sekejap pun sampai masuk waktu maghrib... bukan buat apa pun main api je bakar2 duan kayu.Lepas maghrib ke masjid isyak.. balik baca berita.. update blog...sampai masuk tidur 11 lebih. Minum kopi makan kek...tapi kek tak brapa nak kembang.

No comments:

Post a Comment