Thursday, January 12, 2012

Jan 12

Khamis - hantar ongumah n anak ke sekolah. ... terus ke hospital bagi darah utk check je bukan derma darah. Seblum keluar tadi dah check kat rumah bacaan 8.8...telan sebiji ubat nak tengok ada beza ka tak. Habis 1 jam kat situ.. sampai sekolah semula hampir 9 pagi. Pekena roti canai sekeping. Sementara tunggu mlm ada mesy masjid, sepanjang hari ni nanti come what may!!!! Baru nak mula buat kerja ada yang mengadu anjing dah masuk jerat....tak masuk sebenar tapi tersangkut kat perangkat besi ..dah mati. Cuba call pihak yang berkenaan minta bawa keluar tapi tak berjawab... kena salurkan kat org lain kat MDHS tu jugak. Kelas pukul 10.30 relif pukul 11,10 - masuk keluar masuk semula. Dah tu pi betulkan setting nb n printer ongumah kat bilik seni. Keluar dah 1 lebih bebudak dok tunggu nak mesyuarat Briged Bestari.Dah pulak tak ada pulak nak hebah2 mcm masa mesy sukan hari tu. Selesi dalam 15 minit je. Loceng balik berbunyi lepaskan je bebudak tu balik. Cakap banyak pun bukan depa nak dengar sgt pun. Bergerak balik dah dekat 3 ptg.. singgah lagi kedai n pasar cari sengkuang, kacang tanah, lidi - esok kelab boling nak jual sengkuang calit. Sampai rumah lepas zohor goreng kacang dulu. Dah tu lepak atas kerusi sandar, terlelap sampai ada orang dtg ak minta sign borang zakat. Baru nak ambil wuduk nak asar, dtg pulak ameer mengadu itu ini. Asar lepas 6.30 ptg. Sebelum maghrib kisar kacang goreng masuk balang untuk guna esok. Lepas maghrib ke masjid... lepas isyak ada mesyuarat jk masjid sampai 10 lebih... pastu sembang2 sampai 11 mlm. Balik terus siap masuk tidur 11 lebih.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment