Monday, January 30, 2012

Jan 30

Isnin - sekolah semula... perhimpunan pagi... nak kena check internet akses dah lama org pejabat komplen... come what may!!! Tengah perhimpunan ongumah dpt surat kena pi mesy di PKG Kalumpang.. nak kena balik awal la tu. Kelas pagi ni tak ada tapi ada relif pukul 11.50. Habis separuh hari uruskan pemasangan dan testing YES Zoom ni... set NB guru, test jarak capaian. Lepas keluar kelas masih nak test .. gi solat zohor dulu.. dah diajak PK. Godek sat tangki air melimpah2.. nak kena beli baru stopper... kalau teringat la. Urusan ongumah anak 2 hantarkan kek Kalumpang.. pukul 2.30 dia mai ambik kat sekolah. Singgah kedai dulu beli beras...susu. Dah 3 lebih... tak masuk rumah keluar semula ambil minyak kereta terus ke kalumpang. Singgah gerai bawah pokok kat kalumpang pekena laksa & cendol... bungkus lagi 3-4 bungkus. Ngam2 sampai kat PKG mesy dah selesai.. jadi tak tunggu lama sgt la. Balik sampai 5 ptg... baca Anak Apak sementara nak keluar semula ke rumah bendahari pukul 5.30. Settle akaun JATIKAP... balik dah 6.30 ptg. Lepas asar baca lagi AA sampai masuk maghrib... sambung isyak. Lepas menghadap akaun UPK yang hampir selesai tapi last2 selisih RM5.12. Jam dah masuk 11 mlm... terpaksa tangguhkan dulu..dan masuk tidur.

No comments:

Post a Comment