Friday, December 17, 2010

Dis 17

Jumaat - hari ni nak gi Gemas,NS.Buat apa? katanya nak menaguk ikan sawah...ntah la..sorang nak pompuan dah gi kerja sementara kat kedai dobi di pekan kkb. Balik nanti bawa kereta sendiri kot.. charade...masa tu kami kat gemas la ..boleh ke? Well apa nak dikato...come what may!!!cPukul 9.30 keluar dari rumah. Bawa pelan2 je tak lebih 90km... sampai kat rumah Kampung Ulu Ladang di Gemas pukul 1.30. Orang belum habis solat Jumaat lagi. Rumah sapa? lupa pulak nak habaq mai... rumah Ustaz Yusry pensyarah Darul Quran dan penyampai kuliah di MAHAP. Isteri dia guru di SM3KB.. kira kenal 2 2 belah le. Masa sampai Us belum balik..tunggu dia untuk makan tengah hari. Hidangan simple tapi menyelerakan.. kari ikan, sotong kicap, kailan goreng, sambal tumis, ikan goreng. Makan bertambah nasi. Lepas tu tengok2 apa yang ada kat belakang rumah... ayam belanda adam ayam hutan ada, ayam gajah pun ada tapi dah tak ada .. smua dah kena makan... burung unta ada ..dibeli dari kecik, rusa ada dah jinak pun.. kambing ada... mcm zoo la lebih kurang.. tapi smuanya dibela untuk dimakan. Lepas tu bergerak ke sawah padi yang terletak agak jauh juga dari rumah. Asal tujuan nak gi menaguk ikan tapi apakan daya ikan dah kurang... kalau dulu katanya banyaknya ikan kena kuak ikan baru nampak air. Musim menuai baru selesai.. masa tu la suasan meriah kat situ.. ikan main pakai kutip je yang tersesat dalam lopak2 air. Tapi lepas 2-3 minggu ni tinggal anak2 ikan je. Jadi hajat tak kesampaian le. Balik semula ke rumah Us. minum petang ..mee goreng ..kena betul dengan tekak ni.. ala goreng mamak tapi basah. Pukul 7 sebelum masuk maghrib..bergerak untuk pulang dalam hujan lebat.. kena balik juga .. nak kena singgah Kg Baru ambil anak lelaki nak balik KKB.. lagi pulak anak pompuan tinggal kat rumah sorang2. Singgah pulak kat MCD ada pesanan minta beli burger... sampai rumah 12.30 lebih. Bebudak memekak lagi kat kebun..call lagi bilik gerakan tapi jawab sambil lewa lagi..mungkin yang bertugas hari selasa lalu... masuk tidur lepas jam 1..lagi !!!


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment