Thursday, December 23, 2010

Dis 23

Khamis - hari ni ada 1 app dgn Jabatan Pembanguna MDHS... pastu nak hantar maklumat ahli PeBT..lepas tu belum ada plan... come what may!!!! Sebelah pagi ni tak ke mana lagi sbb app tak set ..call kawan tu tak berjawan. Akhirnya pukul 3 baru nak jumpa. Smabil2 buat kerja kat NB ni...duduk bangun buang sampah... buang kompos...sampai masuk waktu zohor.. gi masjid kot2 boleh terserempak dengan ketua kampung.. ada duit yang nak diberi. Pukul 2 dah keluar dari rumah..nampak le 2-3 pelajar sekolah berpakaian lengkap... tak tahu apa sebabnya - settlekan 2-3 perkara - hantar anak ke tempat kerja.. singgah kedai beli kunci rumah (dah rosak lebih 1 bulan tak diganti).. singgah hantar data ahli PeBT...singgah sekolah ambil CD.. pekena mee 2 pinggan.. baru kelaur ke Galeri Seni & Bahasa jumpa pegawai Jabatan Pembangunan MDHS. Balik elok2 nak masuk waktu asar...ke masjid lagi ..tak jumpa juga. Balik dari masjid, ke kebun sekejap..1/2 jam je..tak ada mmod sebab daun2 basah nak bakar tak boleh. Pukul 6 dah masuk... sejukkan badan.. keringkan peluh (ada peluh ka?).. masuk Maghrib.. baru dapat tahu PMR keluar hari ni. Masa kat sekolah tadi pun tak perasan langsung walaupun ada 2-3 ibubapa berurusan di pejabat. Waktu Isyak baru ke masjid sebab lepas tu ada mesyuarat JK. Sebelum tu pekena mee lagi 2 mangkok (kecil je). Lepas mesy..sembang sikit melalut sampai 11.40 mlm. Balik dah nak 12 mlm baru masuk tidur.




http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment