Monday, December 14, 2009
Dis 14
Isnin....masih cuti tapi hati masih ingat kat sekolah. Bukan apa ada kerja yang terlintas nak buat di sekolah...tapi bila dah berada di sana lain kerja pula yang dibuat. Tak kisah la....teringat buat le. So..pagi ni awal-awal lagi lagi (pukul 7.30 awal le tu) dah ke kebun...target sampai jam 9.00..pastu nak ke sekolah. Masuk terlebih 15 minit...sarapan...sementara tunggu peluh kering..buka net jap. Update fotopages kursus yang dijalankan ...boleh tengok kat http://fasilitator.fotopages.com . Sempat upload 2 sesi - Pangkor & Cameron. Tengok jam dah 10.30 pagi. Dalam pada tu ada pulak yang telepon nak jumpa..elok sangatla tu. Kalau tak kerana tu,...rasanya dah malas pulak nak keluar rumah. Elok jam 11.00 gi le jumpa insan tu...bukan apanya dia nak pakai wang .. business kecik-kecik - ada barang nak keluar dari kilang nak gi hantar ke UPSI- katanya. Kalau ada berlebihan bolehla nak bantu...tapi nak buatcamne...duit kat bank tu memang banyak..tapi orang lain punya. Hak sendiri cukup-cukup untuk bayar hutang. Lepas tu terus ke sekolah...seperti yang dikatakan tadi....hajat hati nak kemaskini butiran peralatan ICT...bahan untuk dirujuk tak ada pulak. Habisnya ada pulak minta senarai guru untuk 2010...jadi siapkan yang itu....sambil-sambil selesaikan beberapa operasi online. jam 2 dah balik ke rumah. Dalam cuaca panas 2-3 hari ni,tetiba hujan lebat..siap angin kencang...tapi tak lama 40 minit je...kini dah senyap sunyi semula...ni mesti tempias hujan ribut dari mana-mana ni. Kira duduk kat KKB (kiri kanan bukit) terselamat la sikit dari kena hujan pantai timur. Tetapi yang merungsingkan sekarang ni masalah gempa bumi. Kesannya dah terasa kat Malaysia n. Ikut anggaran 100 tahun lagi, seluruh Malaysia akan terkesan dengan gempa bumi. Yang dikuatirkan ampangan selangor tu....maka akan berulang la sejarah...Kuala Kubu tenggelam tahun 2083. Taman Ampang Pecah akan jadi lepas tu Taman 2 Kali Ampang Pecah la pulak!!!
Sunday, December 13, 2009
13 Dis
Ahad yang sepi...dari pagi sampai petang tak ke mana ppergi. Sebelah pagi ke kebun kemas semak samun. Sempat naik basikal ke kedai beli paper....balik baca paper dah sampai waktu kunch. Lepas zohor, semak email dah masuk asar. Lepas solat ke kebun semula bakar semak samun....ada pondok orang sebelah dah tumbang dekat 6 bulan tak di ambil tahu. Ada kesempatan tengah kering ni, bakar je ...api marak semacam risau juga disambar pokok lain, jadi hal pulak. Tapi nampak ok..api tak merebak, settle masalah semak tu..takut je Si Lengkar buat rumah kat situ. Esok boleh kemaskan terus kawasan tu. Anak-anak yang balik hari Jumaat lalu dah balik semula ke KL...lapang sikit. Maka tinggallah kami berdua laki bini...honeymoon kat rumah le 2-3 malam ni.
Saturday, December 12, 2009
Dis 12
Sabtu - waasil balik asal....balik ke KKB intu rutin biasa. Hari ini ada jemputan kenduri kahwin anak kawan dari di taman perumahan sebelah. Dek keletihan lepas subuh tadi tangkap lintuk sekejap...ingat nak ke kebun ...terjaga jam 10...matahari dah memancar-mancar. Buat masa ni standby nak makan kenduri je..kenduri di Dewan Merdeka KKB...haisan dalam dewan cantik sekali...betul-betul macam Raja Sehari
...tapi sayang DEWAN MERDEKA KKB tak dijaga dengan baik....ramai orang luar datang ke majlis ni nampak sangat macam ada sabotaj Majlis Daerah Hulu Selangor...gambar Pak Lah masih ada...apa tak diakui ke Najib sebagai PM...gambar MB Selagor dan Sultan Selangor pun tak ada...semuanya tak diiktiraf kot??? Kebersihan jangan cakap la...tengok sendiri....


Petang ni tengok la apa planning....untuk habis 1 hari ini. Lepas tidur petang...ke kebun la exercise...malam macam ni le...melangut depan tv...sampai waktu TIDUR.
...tapi sayang DEWAN MERDEKA KKB tak dijaga dengan baik....ramai orang luar datang ke majlis ni nampak sangat macam ada sabotaj Majlis Daerah Hulu Selangor...gambar Pak Lah masih ada...apa tak diakui ke Najib sebagai PM...gambar MB Selagor dan Sultan Selangor pun tak ada...semuanya tak diiktiraf kot??? Kebersihan jangan cakap la...tengok sendiri....
Petang ni tengok la apa planning....untuk habis 1 hari ini. Lepas tidur petang...ke kebun la exercise...malam macam ni le...melangut depan tv...sampai waktu TIDUR.
Friday, December 11, 2009
Final day D'Purnama
Hari ni Jumaat dah...pagi masih di Pangkor. Sesi kursus utama dah selesai cuma peserta je ada sesi perbincangan lanjut sampai majlis penutup jam 9.30 pagi. Check out dalam jam 11.30 ....insyaAllah sampai tanah besar jam 12 lebih. Cadangan asal nak singgah rumah bekas murid X-SM3KBian di Simpang Pulai...dia pulak nak ke Teluk Intan. Cadangan asal daripada ni nak pergi ke BNO di Sungai Besar...jadi balik ni nak singgah ke tidak belum dipastikan. Teringat pula kat Thurai..esok reception kat Sepang...hari ni dia ada kat mana ye? Kalau ada di Kuala Selangor boleh juga singgah jumpa dia. Buat masa ni tengah relax2...tunggu masa nak beredar dari Purnama Beach Resort ni. Kalau resort ni dekat pantai lain ceritanya...boleh juga jalan2 ambil angin ka, exercise ke. Ni sikit pemandangan tepi pantai Teluk Nipah...berjalan petang semalam...




Kini jam 10.00 ..berada dalam sesi majlis penutup kursus....Semuanya selesai jam 10.30 pagi. Lepas minum terus bersiap untuk pulang...tak ada makan tengahhari. Pukul 11.00 pagi dah bergerak ke jeti....dalam pukul 11.30 dah ada kat tanah besar....orang Pangkor kata semenanjung juga. Dari Lumut menghala ke Sungai Besar....sempat berhenti lunch...tujuan ke sana nak cari kain kat ARKED MAN...tutup la pulak..hari Jumaat. Dapat call dari anak di KL kata nak ke KKB....tukarla plan...terus menghala ke KL...hari masih awal...tak duduk lama terus balik ke KKB...sampai baru masuk waktu Maghrib. Keluar semula makan malam...balik tengok tv sambil tv balik sebab mata dah tak tahan ..terus masuk TIDUR.
Kini jam 10.00 ..berada dalam sesi majlis penutup kursus....Semuanya selesai jam 10.30 pagi. Lepas minum terus bersiap untuk pulang...tak ada makan tengahhari. Pukul 11.00 pagi dah bergerak ke jeti....dalam pukul 11.30 dah ada kat tanah besar....orang Pangkor kata semenanjung juga. Dari Lumut menghala ke Sungai Besar....sempat berhenti lunch...tujuan ke sana nak cari kain kat ARKED MAN...tutup la pulak..hari Jumaat. Dapat call dari anak di KL kata nak ke KKB....tukarla plan...terus menghala ke KL...hari masih awal...tak duduk lama terus balik ke KKB...sampai baru masuk waktu Maghrib. Keluar semula makan malam...balik tengok tv sambil tv balik sebab mata dah tak tahan ..terus masuk TIDUR.
Thursday, December 10, 2009
Day 2 D'Purnama
Wednesday, December 9, 2009
LANGSUNG DARI D PURNAMA PANGKOR
9 disember 2009 - Pagi tadi di KKB....SPM paper Perdagangan. Selesai jam 12.00 tgh. 12.30 bergerak ke Pulau Pangkor. Sampai Lumut - Feri 4.00 ptg. Sampai Purnama Beach Resort 5.00 ptg. Dapat chalet DELUXE 035...ada TV.astro (tak perlu bawa remote atau kad astro macam kat Bayu Beach Rseort)...bilik air con..katil queen bed dan single bed....kelengkapan macam hotel. Wifi...free kat lobby(?) dan kawasan berhampiran....password :0125854797) Ada sikit kureng....bilik agak panas sebab besar juga tapi air cond kecik, semut api pun ada...tapi biasale buat aduan dapat le spray. Resort ni kat Pantai Nipah...dekat kawasan scuba diving kat Pangkor ni...letaknya dalam sikit dari jalan utama...tapi kemudahan semua ada...cuma tak macam resort lain buka pintu nampak pantai...yang ni jalan-jalan dulu baru nampak pantai.
Tuesday, December 8, 2009
8 Dis
Hari ini ada mesyuarat JK Asrama. Bermula jam 8.30 pagi (dengan makan-makan - menu pelbagai sampai tak termakan - soto ada, cucur udang ada, roti jala ada, sup tulang ada, bihun sup ada, karipap ada, kuih ketayap(?) pun ada). Mesyuarat lebih kepada bincang nak pilih penghuni asrama 2010. Semua berjalan lancar sampai 12.30 tgh. Perut pun dah kenyang...sebelum balik berkesempatan jumpa e-sm3kbian tahun 1988-1992 - dari Sarawak- Peter Tay. Keterangan lanjut di http://alumnism3kb.blogspot.com . Balik kejap ke rumah, dah ada yang panggil ke sekolah - surat khabar lama - ada orang pejabat nak tolak kertas lama. Lepas tu settlekan sikit lagi kerja inventori. Dalam pada itu akses internet hang..restart semua (masih berlaku selepas lama juga bertahan). Petang balik terasa ngantuk (letih kekenyangan kot). Mungkin dapat tidur awal malam ni..tapi nak tengok pula 'SO YOU THINK YOU CAN DANCE" habisnya 11 mlm. Tengok la camne!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

