Tuesday, December 8, 2009

8 Dis

Hari ini ada mesyuarat JK Asrama. Bermula jam 8.30 pagi (dengan makan-makan - menu pelbagai sampai tak termakan - soto ada, cucur udang ada, roti jala ada, sup tulang ada, bihun sup ada, karipap ada, kuih ketayap(?) pun ada). Mesyuarat lebih kepada bincang nak pilih penghuni asrama 2010. Semua berjalan lancar sampai 12.30 tgh. Perut pun dah kenyang...sebelum balik berkesempatan jumpa e-sm3kbian tahun 1988-1992 - dari Sarawak- Peter Tay. Keterangan lanjut di http://alumnism3kb.blogspot.com . Balik kejap ke rumah, dah ada yang panggil ke sekolah - surat khabar lama - ada orang pejabat nak tolak kertas lama. Lepas tu settlekan sikit lagi kerja inventori. Dalam pada itu akses internet hang..restart semua (masih berlaku selepas lama juga bertahan). Petang balik terasa ngantuk (letih kekenyangan kot). Mungkin dapat tidur awal malam ni..tapi nak tengok pula 'SO YOU THINK YOU CAN DANCE" habisnya 11 mlm. Tengok la camne!!!

No comments:

Post a Comment