Monday, December 7, 2009

8 Disember

Hari Isnin..bersantai-santai. Tak ada apa yang nak digesa. Dalam jam 10 pagi ke sekolah..tak sampai 1 jam Sdr Vincent dari Genting ajak minum kat kedai. Dia menunggu anaknya ambil ujian untuk masuk ke MRSM. Lepak kat kedai kek makan laksi...sedar-sedar dah pukul 12.00tgh. Balik ke sekolah sempat juga siapkan list peralatan ICT sekolah (complete set - bestari, ppsmi, am) dan siapkan KEWPA untuk harta modal 2009. Ingatkan dah settle, rupa-rupanya ada 2 lagi - ICT dan KDP belum masuk kira. Tak kisah la esok-esok (maknanya lain kali). Rasa macam nak siapkan tapi dah jam 3.30 ptg...solat belum....makan dah 5 jam lalu. Kat rumah lepas asar ke kebun la pulak...exercise. Malam pun tak ada program khusus....jadi santai-santai je.

No comments:

Post a Comment